Pantai Teluk Cempedak – Wajib Singgah Bila Ke Pahang
Pantai Teluk Cempedak atau lebih dikenali sebagai PTC terletak di Kuantan, Pahang.
Ia sememangnya merupakan sebuah pantai yang terkenal dan menjadi pilihan ramai penduduk tempatan atau pelancong luar yang berkunjung untuk menikmati keindahan di sini.
Pantai ini terletak hanya 5 km daripada bandar Kuantan dan ianya juga berhampiran dengan Kelab Golf Diraja Pahang .
Ia dinamakan Teluk Cempedak kerana dahulu ada orang telah menanam banyak pokok cempedak di tepi pantai. Lalu pantai ini dinamakan Pantai Teluk Cempedak.
Pada hujung minggu pantai ini akan menjadi tumpuan orang ramai kerana suasana pantai yang sangat aman damai .
Kandungan
Apa yang ada di Pantai Teluk Cempedak ?
Kawasan pantai disini yang sangat cantik, berpasir putih dan yang paling penting ianya bersih.
Di sekitar pantai ini juga terdapat banyak tempat makan yang menarik lagi – lagi kedai makan yang terletak di tepi pantai.
Ada berbagai jenis gerai yang menjual bermacam-macam aneka barangan seperti keychain, gelang nama, fridge magnet, rantai, permainan kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.
Suasana meriah ini berlanjutan sehigga tengah malam .
Tambahan lagi tempat penginapan juga berdekatan dan pakej kemudahan yang lengkap antaranya tandas, bilik mandi dan surau .
Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan antaranya mandi di pantai, banana boat, berkelah, jet ski, bermain layang-layang, jungle trekking dan sebagainya.
Aktiviti yang menarik di Pantai Teluk Cempedak
1. Mandi di Pantai
Aktiviti mandi-manda adalah satu aktiviti yang wajib jika datang ke ke pantai. Kesegaran air laut yang jernih dan bersih dapat menyegarkan diri.
Pantai ini juga mempunyai pasir putih dan halus jadi ia tidak akan melekat di pakaian.
Anak-anak kecil boleh membawa pelampung daripada rumah atau menyewa sahaja di kedai yang berhampiran.
Sementara menunggu anak-anak kecil bermandi-manda, korang boleh berehat di kerusi yang terdapat di sekitar tepi pantai.
Jika terdapat bendera merah berkibar di tepi pantai itu bermakna wakitu itu tidak selamat dan sesuai untuk bermandi-manda.
Korang juga dilarang untuk mandi di tempat batu-batu kerana di situ terdapat kawasan berbatu besar jadi ia agak bahaya.
2. Tempat Permainan
Berhampiran dengan kawasan gerai itu terdapat tempat permainan untuk kanak-kanak bermain seperti mini go-kart dan boucy castle.
Kalau adik-adik atau anak-anak korang teringin nak main mini go-kart ni boleh lah korang teman sambil berehat .
3. Membeli-Belah
Di pantai ini korang akan dapat jumpa barangan tempatan yang berkualiti baik.
Terdapat satu kawasan yang mempunyai kedai yang menjual pelbagai barangan menarik yang boleh dijadikan sebagai cenderahati.
Cenderahati gelang nama adalah sangat sesuai untuk korang yang nak borong, khas untuk kawankawan. Ia berkualiti dan sangat cantik.
Selain itu ada juga jualan baju yang bertuliskan Pantai Teluk Cempedak, selipar, cermin mata, topi dan sebagainya.
Malah bukan itu sahaja, ada kedai permainan yang menjual mainan seperti laying-layang, belon buih, pistol air dan bermacam lagi .
Yang paling special korang boleh dapatkan perkhidmatan lakaran wajah. Ada pelukis-pelukis tempatan yang akan mengambil upah untuk perkhidmatan lakaran.
4. Bersantai Di Tepi Pantai
Selepas penat membeli-belah atau mandi-manda mesti korang terasa nak bersantai di tempat yang tenang kan.
Haa korang boleh bersantai dan berkelah bersama ahli keluarga di tepi pantai. Di Pantai Teluk Cempadak ini juga ada menyediakan sewaan beg udara yang lebih dikenali sebagai “ lazy sofa “.
Lazy sofa ini sesuai untuk berbaring di tepi pantai dan ia boleh memuatkan seramai 4 orang dan dibuka pada pukul 4 petang sehingga 3 pagi.
Tak pelik kalau korang lihat ramai yang menyewa lazy sofa ini kerana ia amat selesa dan pada waktu malam lagi ramai untuk orang bersantai dengan angin malam di tepi pantai.
5. Aktiviti Jungle Trekking
Mesti korang tak percaya kan di pantai ini boleh melakukan aktiviti seperti jungle trekking ?
Kalau korang nak tau di sini terdapat sebuah hutan simpan yang terletak berdekatan dengan Pantai Teluk Cempedak dan ianya khas untuk pengunjung yang ingin melakukan jungle trekking.
Jangan risau keadaan jalan dekat sini sangat baik dan elok bagi menjamin keselamatan korang sewaktu korang melakukan aktiviti.
Terdapat sebuah jambatan yang telah lama dibina untuk menyeberang ke Teluk Tongkang.
Di sini juga ada satu laluan untuk menaiki ke bukit.
Bagi korang yang ingin mendaki bukit jangan lupa membawa peralatan yang cukup dan memakai pakaian yang sesuai.
Jambatan yang dibina di tepi bukit itu dikelilingi oleh hutan-hutan hijau yang sangat cantik dan menajubkan .
Sepanjang perjalanan melintasi jambatan ini korang akan dapat melihat keindahan pokok-pokok hijau yang terdapat di tepi bukit.
Tapi korang perlu berhati-hati kerana di jambatan ini terdapat sekumpulan monyet dan beruk .
Walaubagaimanapun jambatan ini juga adalah salah satu tarikan utama Pantai Teluk Cempedak.
Ada banyak lagi tempat menarik di Pahang, boleg tengok di sini
Penginapan Di Pantai Teluk Cempadak
1. Telur Chempedak TC Hotel
Kalau korang cari tempat penginapan yang berdekatan dengan area pantai, korang boleh menginap di sini kerana hotel ni hanya 200 meter sahaja daripada pantai.
Ianya menawarkan pelbagai pakej bilik untuk keluarga dengan harga yang berpatutan.
Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan seperti penghawa dingin, tandas, barangan mandi, tv dan sebagainya.
2. Hyatt Regency Kuantan Resort
Hyatt Regency Kuantan adalah satu-satunya resort bertaraf 5 bintang yang terletak di Kawasan tepi pantai ini .
Resort ini menawarkan banyak bilik yang terbaik kerana segala kemudahan disediakan dengan baik dan lengkap bagi korang yang datang untuk menginap.
Terdapat sebuah restoran makanan yang menyediakan pelbagai menu hidangan yang sedap.
Rugi kalau korang tak datang cuba tau . Dekat sini juga terdapat dua kolam renang yang luas di luar dan ianya sesuai untuk kanak-kanak kecil mandi.
3. The Sky Inn – 200 meter dari Teluk Cempedak
The Sky Inn juga merupakan salah satu hotel yang terletak hanya 200 meter sahaja dari Pantai Teluk Cempedak. Kaunter pendaftaran di sini juga dibuka 24 jam.
Jadi contoh kalau korang mencari hotel yang bebas boleh didaftar pada pukul berapa pun, boleh datang ke Hotel The Sky Inn.
Jangan risau ia menyediakan pelbagai jenis bilik.
Setiap bilik akan mempunyai semua kelengkapan yang lengkap jadi korang tak perlu risau kalau ada apa yang tak cukup.
Dekat sini juga ada CCTV yang diletakkan di sekeliling kawasan hotel bagi menjamin keselamatan pengunjung.
Tempat Menarik Berdekatan Pantai Teluk Cempedak
1. Natural Batik Village
Batik merupakan satu karya kraftangan yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia.
Natural Batik Village adalah sebuah kilang yang menghasilkan karya batik dan membuat pameran batik.
Kecantikkan corak batik yang unik dan moden ini sangat memukau dan akan menambat hati korang.
Tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke sini.
Untuk pengetahuan korang dekat Natural Batik ni korang boleh cuba membuat batik korang sendiri tau.
Di sini juga ada menjual pakaian, batik sarung, seluar dan banyak lagi barangan batik yang korang boleh dapati di sini .
Barangan batik yang mereka tawarkan juga murah malah sangat berkualiti.
2. TC Theme Park – 3 minit dari Teluk Cempedak
Tc Theme Park merupakan satu tempat permainan yang terletak berhampiran Pantai Teluk Cempedak.
Kalau korang naik kereta, korang hanya mengambil masa ke sini dari pantai hanyalah 3 minit sahaja.
Harga tiket masuk hanya RM8.00 bagi kanak-kanak berusia 12 tahun kebawah.
Terdapat juga basikal yang korang boleh sewa untuk berjalan di sekeliling kawasan taman.
Selain itu ada juga permainan seperti funfair antaranya paddle boat, happy car, bumper car dan bermacam lagi.
Sangat seronok jika datang ke sini tambahan lagi permainan di sini ditawarkan dengan harga yang murah berbanding tempat permainan lain.