Tempat Menarik Di Kuala Lumpur – Kota Metropolitan
Kuala Lumpur sentiasa menjadi tumpuan orang ramai. Baik pelancong luar negara ataupun pengunjung dari dalam negara sendiri.
Ada banyak tempat menarik di Kuala Lumpur yang wajib dimasukkan ke dalam senarai destinasi pilihan. Ini antara senarai tempat yang anda mesti singgah.
Kandungan
8. Berjaya Times Square
Berjaya Times Square adalah tempat membeli belah di Kuala Lumpur yang menjadi pilihan dan tumpuan ramai anak muda. Sesuai dengan kedudukannya yang mudah akses menggunakan kenderaan awam, ia memudahkan pengunjung untuk singgah ke sini.
Ia menjadi pusat tumpuan fashionista. Terutamanya mereka yang suka shopping barang cantik bergaya, tapi dengan harga yang jauh lebih murah. Ada pelbagai pilihan barang, bukan sekadar pakaian. Malahan gadjet juga ada dijual di sini.
Terdapat lebih daripada 1000 kedai di dalam bangunan ini yang berkeluasan 700,000 kaki persegi ini. Anda boleh pilih nak shopping dari level yang mana dahulu. Memang boleh patah kaki berjalan di sini!
Kalau bawa anak kecil, boleh singgah ke taman tema di dalam bangunan ini. Ada roller coaster untuk anda yang sukakan mainan yang mendebarkan dada ni.
Bila penat berjalan, boleh cari makan di dalam bangunan ini juga. Ada banyak pilihan kedai makan. Pastinya memenuhi kepelbagaian citarasa pengunjung.
Alamat: Berjaya Time Square, No. 1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Sumber gambar: www.kuala-lumpur.ws
7. Malaysia Tourism Centre
Pusat Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali dengan nama MaTiC, jadi tumpuan para pelancong. Ini kerana pelbagai kemudahan disediakan disini.
Antara ialah zon internet percuma, kaunter ejen pelancongan, kafe, perhentian bas KL Hop-On Hop-Off dan juga kemudahan penukaran wang. Pejabat polis pelancong, kedai cenderamata dan kedai coklat juga terdapat di sini.
Selain itu juga, ada persembahan budaya turut dipentaskan secara percuma pada setiap hari jam 3 petang (kecuali hari Ahad).
Alamat: Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 6.00 pm)
Sumber gambar: naelkl.blogspot.my
6. Masjid Jamek
Masjid Jamek Sultan Abdul Samad atau lebih popular dengan nama Masjid Jamek adalah salah satu bangunan masjid yang tertua di Kuala Lumpur.
Masjid yang memiliki 3 kubah yang besar, berwarna putih dan dipenuhi dinding merah batu bata ini sentiasa mencuri perhatian para pengunjung di kawasan sekitar.
Jika anda menaiki LRT dan turun di stesen Masjid Jamek, anda akan nampak masjid ini.Jangan lupa untuk singgah solat di sini!
Rasai pengalaman menunaikan ibadah di masjid lama ini.
Alamat: Jalan Tun Perak, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sumber gambar: www.kuala-lumpur.ws
5. Petrosains
Petrosains adalah antara tempat menarik di Kuala Lumpur untuk kanak-kanak. Ia jadi pilihan ibu dan ayah untuk bawa anak-anak berjalan pada hari minggu.
Ada pelbagai aktiviti menarik disediakan di dalam Petrosains.
Sesuai dengan kadar bayaran yang dikenakan, anda dapat pelajari banyak perkara di sini. Ianya berkaitan dengan dunia sains dan teknologi. Terokai dunia
Anak-anak pasti seronok berkunjung ke sini kerana dapat naik gondola di Dark Ride Zone, rasai pengalaman di pelantar minyak, tengok pameran kereta Formula 1 dan bermacam lagi.
Pasti lawatan sekali tidak cukup untuk anak-anak yang selnya aktif berhubung!
Alamat: Level 4, Suria KLCC, PETRONAS Twin Towers, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (9.30am – 5.30pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum (9.30am – 6.30pm) | Isnin Kecuali Cuti Umum dan Cuti Sekolah (Tutup)
Harga Tiket: Dewasa MyKAD: RM19.60, Biasa: RM29.70 | Kanak-kanak 3-12 Tahun MyKAD: RM7.95, Biasa: RM17.50 | Kanak-kanak 2 Tahun & Kebawah Percuma | Warga Emas MyKAD: RM9.50, Biasa: RM14.80
Sumber gambar: petrosains.com.my
4. Selfie Museum Kuala Lumpur
Ada orang malu nak berswafoto. Tapi, bila berkunjung ke Selfie Museum Kuala Lumpur, anda wajib bergambar.
Tak perlu malu untuk berswafoto di sini kerana ia memang direka khas untuk anda bergambar dengan gembira.
Ada 9 buah bilik yang berbeza tema. Anda boleh bergambar di kesemua bilik ini. Kadar pencahayaan di dalam setiap bilik memang cukup dan sesuai untuk bergambar.
Jadi, jangan lepaskan peluang ini apabila anda telah berada di tengah kotaraya. Luangkan sedikit masa untuk singgah ke sini.
Alamat: Selfie Museum, 2.28, Level 2, Fahrenheit 88, Jalan Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 am – 10.00 pm)
Harga Tiket: Dewasa RM20 | Kanak-Kanak RM10
Sumber gambar: marketingmagazine.com.my
3. Stesen Keretapi Kuala Lumpur
Stesen Keretapi Kuala Lumpur memiliki struktur senibina yang sangat unik dan cantik. Ia dibina pada tahun 1910 dengan berpandukan idea arkitek A.B. Hubbock iaitu menggabungkan elemen timur dan barat.
Stesen ini bukan lagi menjadi tumpuan utama para pelancong atau pengunjung. Ia sekadar persinggahan mereka yang menaiki Komuter ataupun Keretapi Tanah Melayu sahaja.
Anda yang gemar melihat senibina unik dan mencari ilham kreatif, ini adalah tempat yang wajib anda singgah.
Ada kerusi ruangan menunggu yang berhawa dingin. Jadi, luangkan masa untuk melihat sekitar kawasan ini dan hayati suasana tenang di sebalik kesibukan kota.
Pastikan anda bawa telefon yang cukup ruang memori untuk bergambar. Ini kerana ada bangunan lain di sekitarnya yang pasti akan menggamit mata anda untuk singgah berswafoto.
Alamat: Jalan Sultan Hishamuddin, Kampung Attap, Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Sumber gambar: ms.wikipedia.org
2. Taman Rimba Bukit Kerinchi
Taman Rimba Bukit Kerinchi mesti dimasukkan dalam senarai lokasi untuk hiking santai. Orang yang baru belajar untuk memanjat bukit atau gunung, berkunjung lah ke taman ini.
Di sini ada laluan untuk hiking di celah-celah rimbunan pohon yang menghijau. Selain itu juga, ada kolam-kolam kecil dan sungai.
Kalau anda plan untuk berkhemah, berkelah atau berbbq pun boleh juga. Ada kemudahan tandas, laluan bersimen, jambatan gantung dan tempat letak kenderaan disediakan.
Anda yang berada di kawasan sekitar, boleh beriadah di kawasan taman rimba ini. Seronok keluarkan peluh dan sihatkan badan.
Alamat: Taman Rimba Bukit Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur
Sumber gambar: hafizkelantan.com
1. Taman Tugu
Taman Tugu adalah rimba menghijau yang terletak di tengah kota metropolitan Kuala Lumpur. Suka atau tidak, anda yang berada di sekitar Kuala Lumpur masih boleh menikmati pemandangan hijau yang menyejukkan mata.
Kawasan Taman Tugu ini dilengkapi dengan pelbagai fasiliti yang memudahkan pengunjung. Antaranya ialah surau, tandas, pondok rehat di antara laluan dalam taman, laluan untuk orang yang berkerusi roda, kerusi rehat, buaian dan banyak lagi.
Anda boleh jadikan lawatan ke Taman Tugu sebagai aktiviti keluarga. Bawa anak-anak kenal alam semulajadi.
Alamat: Taman Tugu PT88, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur, 50480
Sumber gambar: tamantuguproject.com.my
Kesimpulannya, pelbagai aktiviti boleh dilakukan di kotaraya yang sibuk ini. Ada hutan rimba, bangunan bersejarah, aktiviti mainan di dalam bangunan dan luar serta banyak lagi.
Memang banyak tempat menarik di Kuala Lumpur yang wajib kita terokai.