7 Homestay Di Ayer Keroh, Melaka
Kalau korang datang bercuti di bumi bersejarah Melaka, korang tak perlu risau tentang penginapan. Sebab di sini ada banyak pilihan penginapan yang ada terutamanya homestay di Ayer Keroh.
Untuk artikel kali ini, kami nak bawakan kepada korang 7 pilihan homestay yang terdapat di sekitar Ayer Keroh. Pastinya pilihan-pilihan yang kami bawakan kali ini akan membuatkan korang teruja untuk bercuti di negeri Hang Tuah ini. Jom, teruskan baca!
Kandungan
7 Pilihan Homestay di Ayer Keroh
1. The Heights Residence Condo Ayer Keroh

The Heights Residence Condo Ayer Keroh Melaka menawarkan pengalaman penginapan yang selesa dengan pelbagai kemudahan yang menarik. Dengan tempat letak kenderaan percuma dan akses WiFi pantas sebanyak 100mbps, korang pasti dapat berhubung dengan lancar.
Selain itu, apartmen ini juga dilengkapi dengan sauna untuk menghilangkan keletihan dan penat selepas seharian beraktiviti. Dengan lokasi yang strategik, hanya dalam jarak 10 km dari The Stadthuys dan Muzium Warisan Baba & Nyonya, serta 11 km dari Kubu St John, korang boleh explore pelbagai tarikan terkenal di sekitar Melaka.
Apartmen ini menawarkan pemandangan menakjubkan taman dan bandar. Terdapat juga kolam renang luaran yang dilengkapi dengan pagar keselamatan. Bagi yang nak kekal cergas sepanjang bercuti, ada pusat kecergasan untuk mereka yang ingin bersenam atau menjaga kesihatan semasa bercuti.
Dalam apartmen ini, korang akan disediakan dengan 2 bilik tidur yang selesa, ruang tamu yang luas, dan dapur yang dilengkapi dengan microwave dan cerek. Bilik mandi bersih dengan pancuran mandian dan pengering rambut juga disediakan untuk keselesaan tambahan.
Dengan taman permainan kanak-kanak dan kemudahan barbeku, pasti korang dan keluarga berasa seronok menginap di sini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menginap di The Heights Residence Condo Ayer Keroh Melaka bagi pengalaman penginapan yang memuaskan di Melaka!
2. Cozy Condo at Melaka Top Hill

Terletak di Ayer Keroh, Cozy Condo at Melaka Top Hill menyediakan keselesaan dan kemudahan yang hebat untuk korang sebagai pengunjung. Korang boleh menikmati pemandangan menakjubkan bandar dan gunung dari balkoni apartment. Terdapat juga kolam renang luaran, pusat kecergasan dan sauna. Di sini korang pasti akan menikmati pengalaman penginapan yang memuaskan.
Apartmen ini juga menawarkan dapur, tempat letak kenderaan persendirian percuma dan akses WiFi percuma. So, bolehlah korang kekal berhubung dengan mudah dan memasak hidangan kegemaran korang sendiri.
Dengan 3 bilik tidur yang selesa, ruang tamu yang luas dan dapur yang dilengkapi dengan peti sejuk dan cerek, korang pasti akan terasa seperti berada di rumah sendiri. Bilik mandi yang bersih dengan pancuran mandian dan pengering rambut juga disediakan untuk keselesaan tambahan.
Selain itu, Cozy Condo at Melaka Top Hill ini juga menawarkan kemudahan taman permainan kanak-kanak, membolehkan anak-anak korang berseronok dan bermain. Tetamu juga boleh berehat di taman atau di kawasan ruang tamu berkongsi ini, menikmati suasana yang tenang dan nyaman. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menginap di sini tau!
Baca juga tempat-tempat bersejarah di Melaka di sini
3. Deluxe Studio Bayou Waterpark

Terletak dalam lingkungan 11km dari Bangunan Stadthuys dan Muzium Warisan Baba & Nyonya, Deluxe Studio Bayou Waterpark ini menyediakan keselesaan serta kemudahan yang istimewa. Dengan akses WiFi percuma dan suasana yang menenangkan, penginapan ini pasti akan berikan korang pengalaman yang memuaskan.
Dengan jarak sekitar 10km dari Kubu St John’s, homestay ini juga menawarkan kemudahan taman yang menarik serta tempat letak kenderaan peribadi percuma, memastikan keselesaan dan keselesaan para tetamu.
Apartmen berhawa dingin ini mempunyai satu bilik tidur yang selesa, dapur yang dilengkapi dengan segala kemudahan dan satu bilik mandi yang bersih selesa. TV skrin rata turut disediakan untuk hiburan tambahan.
Jadi, jika korang mencari tempat penginapan yang menyediakan keselesaan dan kemudahan yang istimewa dengan sentuhan mewah, Deluxe Studio Bayou Waterpark adalah pilihan yang sempurna untuk penginapan korang di Melaka.
4. AliyaRoseMuslim Homestay di Ayer Keroh

Menawarkan kemudahan penginapan yang mengujakan dengan kolam renang peribadi, AliyaRoseMuslim Homestay ni juga bertempat di Ayer Keroh. Terletak hanya 9.4km dari Bangunan Stadthuys, penginapan ini memastikan keselesaan dan keselesaan yang tiada tandingan.
Anatara kelebihan homestay ini ialah ianya lengkap dengan kelengkapan berhawa-dingin bersama WiFi percuma dan tempat letak kenderaan peribadi yang mudah akses.
Rumah percutian ini mempunyai 4 bilik tidur yang selesa, dapur yang lengkap dengan segala kemudahan, ruang makan untuk makan bersama dan TV skrin rata untuk hiburan tambahan. So, tunggu apa lagi? Jangan lupa jadikan AliyaRoseMuslim Homestay sebagai salah satu pilihan yang sempurna untuk penginapan korang di Ayer Keroh ya!
5. D’Village Batu Berendam

D’Village Batu Berendam, Melaka merupakan sebuah tempat penginapan yang menarik dengan pelbagai kemudahan. Ianya berlokasikan Ayer Keroh yang jaraknya hanya 7.3 km dari Muzium Warisan Baba & Nyonya, 7.5 km dari Muzium Barang Kemas Cina Selat Melaka, dan 7.6 km dari Menara Taming Sari. Penginapan yang selesa ini juga tak jauh dari The Stadthuys.
Jika menginap di sini, korang dapat menikmati keselesaan dengan tempat letakpercuma yang disediakan di lokasi dan akses WiFi percuma. D’Village Batu Berendam juga menawarkan keselesaan dan keselamatan bagi memastikan ketenangan para tetamu.
Rumah percutian yang luas ini mempunyai 4 bilik tidur yang selesa, TV skrin rata dengan internet, dan dapur yang lengkap dengan peralatan seperti microwave, pembakar roti, mesin basuh, peti sejuk, dan lain-lain lagi. Selain itu, penginapan ini menyediakan linen katil, tuala, dan perkhidmatan dobi untuk keselesaan tambahan korang sebagai tetamu.
6. Bearhill Hideaway Homestay di Ayer Keroh

Terletak di Ayer Keroh, hanya 10km dari Muzium Warisan Baba & Nyonya, Kubu St John’s, dan Muzium Perhiasan Cina Selat Melaka, serta 10km dari Bangunan Stadthuys, Bearhill Hideaway Homestay menawarkan penginapan yang selesa dengan balkoni dan WiFi percuma. Penginapan ini juga menyediakan taman dan tempat letak kenderaan peribadi yang percuma.
Terdapat 6 bilik tidur yang luas, dilengkapi dengan TV skrin rata dan konsol permainan untuk korang mengisi ruang masa yang ada. Selain itu, terdapat penyaman udara dan ruang tamu yang selesa. Tuala dan linen katil juga disediakan untuk keselesaan korang semasa bercuti.
So, diharapkan senarai pilihan yang kami bawakan kali ini dapat memberikan idea kepada korang untuk penginapan yang sesuai semasa di Ayer Keroh, Melaka. Enjoy!