Bayangkan korang sedang mencari tempat percutian yang bukan saja mampu menawarkan keselesaan tetapi juga pengalaman yang tak akan korang lupakan. Fairytale Genting Highland dihiasi dengan watak dunia kanak-kanak iaitu unicorn terletak di Genting Highlands, mungkin saja jawapan yang korang cari. Dengan pemandangan gunung yang memukau, tempat ini menawarkan lebih daripada sekadar penginapan biasa.
Fairytale Genting Highland

Untuk pengetahuan korang, Fairytale Genting meruapakan kediaman berupa apartment dua bilik yang dilengkapi dengan kemewahan yang korang perlukan.

Dari penghawa dingin, TV skrin rata, hingga ke dapur yang serba lengkap untuk yang memilih unit dengan dapur. Paling penting zaman sekarang ni, WiFi percuma serta tempat letak kenderaan percuma adalah bonus yang membuatkan penginapan ini lebih menarik.

Tak cukup dengan itu, Fairytale di Genting Highland juga sangat mementingkan keselesaan buat para pengunjungnya. Bayangkan korang boleh chill dalam sauna atau berendam dalam tab mandi panas sambil lupakan sementara semua stress. Lagi best, ada pakej kesihatan yang ditawarkan sekaligus menjadikan tempat ini sempurna untuk korang detoks minda dan badan.

Untuk korang yang bawak family, tempat ini sangat family-friendly. Ada restoran yang menyajikan masakan Amerika, kolam kanak-kanak, kawasan permainan dalaman dan peralatan permainan luaran. Maksudnya, anak-anak juga akan bawa pulang cerita best untuk dikongsi bersama rakan-rakan diaorang.
kalau nak cari kedai makan, korang boleh try tengok kat sini ye
Ada kolam renang atas bumbung yang membolehkan korang berenang sambil menikmati pemandangan gunung yang indah. Untuk yang nak maintain fitness routine walaupun dalam cuti, pusat kecergasan yang ada juga cukup lengkap.

Tak lupa untuk yang suka berjalan-jalan, First World Plaza dan Pusat Pelawat serta Kilang Pewter Diraja Selangor berada tidak jauh dari hotel ni. Dan, jika korang perlukan transport ke lapangan terbang, mereka punya perkhidmatan ulang-alik berbayar.
Jadi, jika korang mencari pengalaman cuti yang lengkap dengan segala yang korang impikan, Fairytale Genting Highland mungkin antara pilihan yang tak akan mengecewakan. Dari pemandangan, keselesaan, hiburan, hingga aktiviti santai, semuanya ada di sini.