Jom korang, bercuti di Hard Rock Hotel Pulau Pinang. Best tau hotel ni, bukan sahaja kita yang dewasa ni pasti akan puas hati. Jika datang dengan anak-anak, diaorang pun pasti akan cukup happy tau!

Menariknya Hard Rock Hotel di Pulau Pinang
Hard Rock Hotel Penang ni memang pilihan terbaik dan best sekali kalau korang nak alami penginapan yang penuh gaya kat Pantai Batu Ferringhi.

Antara ciri yang menarik yang ada di hotel ini ialah ianya ada kolam renang luaran yang besar, gelongsor air, dan cabana mewah kat tepi kolam renang tu. Korang boleh santai-santai sambil makan-makan dekat 3 tempat makan yang ada kat hotel ni atau minum kat bar. Yang bestnya, WiFi percuma disediakan kat semua bilik!

Bilik-bilik kat sini dihias dengan tatarias dan dekorasi yang sangat elegan. Ada pilihan pemandangan yang cantik, sama ada dengan suasana kehijauan di sekelilingnya atau pemandangan laut yang memukau.
Kalau korang nak tahu, peralatan yang digunakan sebagai pelengkap keselesaan dalam bilik hotel ni pun bukan biasa-biasa, kebanyakannya berjenama. Ada sistem bunyi BOSE, TV skrin LED 50 inci, dan korang boleh layan filem-blockbuster 24/7 tanpa had!

Hotel ni punya lokasi memang superb. Dalam 5 minit je korang dah boleh sampai pasar malam tempatan. Kalau nak ke Georgetown, ambil masa 30 minit je drive. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pun tak jauh, dalam 45 minit je drive.

Bila menginap di sini, korang boleh relax dengan urutan di Rock Spa, atau luangkan masa dengan senaman dekat Body Rock Gym. Ada juga kelab kanak-kanak dan remaja untuk anak-anak korang, dan pusat perniagaan kalau korang ada urusan bisnes.
Dah sampai sini, bolehlah try pekena nasi 7 benua ni

Makanan menarik dan sedap di Hard Rock Hotel
Nak makan, ada banyak pilihan. Ada Starz Diner yang serve hidangan tempatan dan Eropah, Pizzeria yang hidangkan pizza style Itali, Hard Rock Cafe untuk makanan autentik Amerika. Bagi non-muslim pula, ada Sandbar yang menyediakan minuman keras.
Kepada Muslim, korang kena take alert bab ni. Jangan pulak korang tersilap masuk ke tempat sajian arak ni. Oh ya, ada juga The Shack, bar kat tepi kolam renang, best gila kalau nak tengok matahari terbenam sambil minum koktel.
Nak lagi best, korang boleh dapat diskaun kat Hard Rock Café Penang dan Rock Shop kalau korang stay kat sini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk experience penginapan yang stylish dan happening kat Hard Rock Hotel Penang!