Hotel 5 Bintang Di Kuala Lumpur – Puas Hati Sampai Rasa Tak Nak Balik
Menarik sungguh tau pilihan hotel-hotel 5 bintang di Kuala Lumpur yang kami bakal kongsikan kali ini. Jom baca lebih lanjut!
Kandungan
9 Pilihan Hotel 5 Bintang Di Kuala Lumpur
1. Ascott Star KLCC

Hotel 5 bintang di Kuala Lumpur yang pertama kami nak reveal ialah Ascott Star KLCC, tempat yang letaknya 700 meter je dari Menara Berkembar Petronas. Dekat sangat kan! Bayangkanlah korang boleh jalan kaki je terus ke KLCC!
Hotel bertaraf 5 bintang ni bukan setakat ada air-cond dan WiFi percuma, tetapi ada kolam renang infiniti jugak tau! Seronoknya korang boleh berendam sambil tengok langit KL, memang Instagram-worthy habis. Tambah-tambah lagi dengan lif, keselamatan 24 jam, dan tempat letak kenderaan sendiri, korang memang akan rasa selamat dan selesa.
Setiap unit hotel ini pun semua lengkap – dari lantai berkarpet, dapur kecil yang ada segala macam alat memasak, sampai ke TV skrin rata dan bilik mandi private yang siap dengan jubah mandi. Nak buat kopi ke, goreng telur ke, semua boleh!
Kalau korang punya perut dah berbunyi, jangan risau. Restoran dalam hotel ni dibuka untuk makan tengah hari dan malam. Ada kolam renang kanak-kanak juga, so kalau bawak family, anak-anak pun happy. Jom lah korang, bila lagi nak merasa duduk dekat tempat high class macam Ascott Star KLCC ni, kan? Bukan sekadar berehat, korang jugak boleh jalan-jalan cari makan dan shopping lagi. Jomlah!
2. Sunway Resort Hotel

Nak berehat di tempat stay yang cool dan comfy? Sunway Resort Hotel jawabnya! Bangun-bangun pagi dengan view yang best sama ada pemandangan Sunway Lagoon yang seru atau skyline resort yang menenangkan. Hotel 5 bintang dalam Sunway Resort City (SRC) ni sangat best, siap ada TV satelit skrin rata, bar mini, dan bilik mandi marmar yang mewah dengan tab mandi. Penuh gaya betul!
Di sini korang jangan risau tentang kebersihan sebab segala peralatan disediakan dengan seteliti dan sebaik mungkin. Pihak hotel telah sediakan semua, dari ubat gigi, berus gigi, sampai peralatan mandi.
Kalau korang jenis yang aktif, pusat kecergasan yang serba lengkap sedia menanti. Atau mungkin nak explore area sekitar? Boleh je arrange lawatan sehari dengan pihak hotel Sunway. Lepas seharian bersuka-ria, manjakan diri dengan rawatan spa ala Bali yang pasti akan buat korang lupa semua penat lelah.
Sunway Resort Hotel ni dihubungkan dengan baik melalui Bus Rapid Transit (BRT). Nak jalan-jalan ke Sunway-Setia Jaya, Mentari, dan tempat lain? Senang je! Dan kalau korang datang dari KL City Centre atau KLIA, cuma ambil masa dalam 25 hingga 35 minit je naik kereta. So, apa lagi? Sunway Resort Hotel menanti kedatangan korang untuk pengalaman yang takkan dilupakan!
3. The Ruma Hotel and Residences

Berada di tengah-tengah Segitiga Emas KL, beberapa langkah je dari Menara Berkembar Petronas dan KLCC, tapi still dapat rasa kedamaian macam kat rumah sendiri. Itulah yang The RuMa tawarkan, TheRuma – sebuah tempat perlindungan yang tenang di tengah kesibukan kota yang tak pernah tidur.
The RuMa ini bukan sekadar hotel, tapi sebuah rumah yang diuruskan oleh host berpengalaman, tempat yang buat korang terasa diinspirasi untuk jelajah asal-usul dan warisan KL dalam suasana yang kontemporari dan menenangkan. Di hotel ini, bilik-bilik dan suite yang mewah mempunyai pemandangan yang sangat cantik menghadap skyline KL yang ikonik. Menginap di sini bakal beri korang pengalaman menginap yang unik dan ohsem!
Dari saat korang jejak kaki masuk The RuMa, pasti korang akan berbesar hati. Segala yang korang perlukan ada di sini. Nak makan? ATAS bawak korang merasa perisa lokal dalam gaya moden, SEVEN Lobby Bar hidang koktel dan minuman klasik yang dikraf halus, dan The LIBRARI perfect untuk chill dengan hidangan ringan atau minum petang.
Tingkat 6 TheRuMa pula menyediakan kolam renang luaran 25 meter yang menawan. The RuMa, lebih dari sekadar tempat penginapan ianya menjanjikan pengalaman perjalanan ke Kuala Lumpur yang luar biasa.
4. Lanson Place Bukit Ceylon

Lanson Place Bukit Ceylon Serviced Residences merupakan apartmen mewah yang lengkap berperabot, dengan WiFi percuma di segenap tempat.
Apartmen-apartmen kat sini luas dan sejuk dengan aircond, katil yang buat korang tak nak bangun, dan TV skrin rata untuk marathon movie kegemaran. Ada ruang tamu yang stylo dan dapur lengkap kalau terasa nak masak. Bilik air peribadinya lengkap dengan pengering rambut dan semua yang korang perlukan untuk bersiap.
Korang lapar? Jangan risau, dalam 7 minit jalan kaki je dah jumpa macam-macam restoran antarabangsa dan bar yang best. Nak bakar lemak, ada gym. Kalau bawa anak-anak pula, anak-anak boleh lepak main kat taman permainan. Ada baju kotor atau nak simpan bagasi sebelum check-in atau lepas check-out, kaunter penerimaan tetamu 24 jam sedia bantu. Satu lagi, di sini korang dapat servis kemas bilik setiap hari, tak payah susah-susah kemas bilik.
Lanson Place Bukit Ceylon ni strategik gila lokasinya, 1.8 km je dari Menara KL dan 1 km dari shopping area Bukit Bintang. Kalau datang dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, cuma 25 km je jaraknya. So, apa lagi? Ideal betul ni untuk stay sini kalau korang nak rasa hidup penuh dengan gaya.
5. Platinum Suites KLCC by Classy

Bayangkan, korang bangun pagi dengan view Menara Berkembar Petronas yang megah, sambil menghirup secawan kopi panas dari dalam bilik korang. Macam dalam mimpi, kan? Tapi, di Platinum Suites KLCC by Classy, ini semua realiti! Hanya 1.2 km je dari menara yang menjadi ikon Malaysia tu, tempat ni menawarkan lebih dari sekadar lokasi yang cun.
Dengan kolam renang luaran yang best, korang boleh berehat atau ambil gambar untuk Instagram yang cantik. Tambahan pula, dengan tempat letak kenderaan percuma, korang tak perlu pening kepala cari parking. Korang nak bersukan pagi? Pusat kecergasan dia memang lengkap. Lepas bersukan, korang boleh relax di taman yang damai.
Tak kira la korang datang untuk kerja atau berjalan, kemudahan dalam bilik dia memang tiptop. Dari meja kerja sampai ke peti sejuk, dan jangan lupa mesin cuci pinggan mangkuk tu – semua ada. Kalau malas keluar cari kedai makan, order je dari servis bilik. Ditambah dengan WiFi percuma, korang boleh update sosial media tanpa gangguan.
So, kalau korang cari tempat yang classy dengan view yang memukau di KL, Platinum Suites KLCC by Classy ni jawapannya. Korang takkan menyesal!
6. EQ Kuala Lumpur- Hotel 5 Bintang Di Kuala Lumpur

EQ Kuala Lumpur terletak di jantung Kuala Lumpur, menawarkan pengalaman penginapan mewah dengan segala yang korang perlukan untuk penginapan yang hebat. Hotel 5 bintang ini bukan sahaja menawarkan bilik-bilik berhawa dingin dengan WiFi percuma dan tempat letak kenderaan persendirian percuma, tapi setiap bilik juga datang dengan pemandangan bandar yang menakjubkan. Dari kemudahan lobi bersama hingga bar, EQ Kuala Lumpur ni tempat yang hampir sempurna untuk bersantai dan menikmati keindahan Kuala Lumpur.
Korang boleh lepak di kolam renang luaran yang buka sepanjang tahun, berolahraga di pusat kecergasan, atau relaks di sauna dan taman. Bilik-biliknya dilengkapi dengan semua yang korang perlukan termasuk TV skrin rata, peti deposit keselamatan, dan bilik mandi peribadi dengan segala kemudahan.
Kalau lapar, restoran di hotel ini menawarkan pelbagai pilihan masakan – dari Jepun, Malaysia, hingga Asia, termasuk pilihan vegetarian dan halal. Dan kalau korang nak manjakan diri, ada tab mandi panas yang menunggu.
Kakitangan yang ramah dan mahir pelbagai bahasa di kaunter penerimaan sentiasa bersedia untuk membantu, menjadikan penginapan korang lagi mudah dan menyenangkan. Dengan lokasi yang strategik dekat dengan Suria KLCC, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, dan Menara Berkembar Petronas, EQ Kuala Lumpur adalah tempat yang ideal untuk menginap semasa menjelajahi ibu kota.
7. Banyan Tree Kuala Lumpur

Kalau korang tengah plan nak buat trip ke Kuala Lumpur dan cari tempat penginapan yang bukan saja selesa tapi juga penuh dengan gaya, korang kena check out Banyan Tree Kuala Lumpur. Percayalah, tempat ni bukan calang-calang hotel biasa. Ianya seperti oasis yang berada di tengah-tengah kesibukan bandaraya Kuala Lumpur.
Lokasinya? Super strategik! Bayangkan hanya 3 minit je berjalan kaki dari Pavilion Shopping Centre. Yes, korang dengar betul. Tak sampai 5 minit korang dah boleh terjun dalam dunia shopping tanpa henti. Dan bukan tu je, Aquaria KLCC, Fahrenheit 88, dan The Weld pun dekat sangat. Nak jalan-jalan cari makan atau shopping, semuanya ada dalam genggaman.
Apa yang best sangat kat Banyan Tree Kuala Lumpur ni? Pertama, bilik-biliknya. Setiap bilik dilengkapi dengan mesin kopi sendiri. Dotambah dengan bilik mandi peribadi, WiFi yang laju giler, penghawa dingin yang mendinginkan dan TV skrin rata yang besar. Ada sesetengah bilik tu siap dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas yang memang ikonik tu. Bayangkan bangun pagi, buka tirai, dan boom! Menara Berkembar Petronas terpacak depan mata.
Tak cukup dengan itu, fasilitas kat hotel ni pun ohsem. Kolam renang luaran yang memang wow, restoran dengan hidangan makanan yang menyelerakan dan bar untuk chill malam-malam. Korang boleh lepak, makan, minum, dan enjoy view KL yang meriah.
Untuk korang yang datang dari jauh, hotel ni tak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Dalam 55 km je. So, tak perlu risau pasal macam mana nak sampai ke sini.
Staff Banyan Tree Kuala Lumpur pun sangat peramah dan boleh berbahasa Cina, Inggeris, dan Melayu. So, kalau ada apa-apa korang nak tanya atau perlukan bantuan, diorang sedia untuk membantu.
Jadi, apa lagi korang tunggu? Kalau nak pengalaman menginap yang tak akan korang lupa, Banyan Tree Kuala Lumpur jawabannya. Prepare untuk get spoiled with luxury dan service yang top-tier. Jangan lupa, buat booking awal tau!
8. Sentral Luxury Suites KL

Hotel yang seterusnya ialah Sentral Luxury Suites KL yang letaknya hanya 700 meter dari KL Sentral. Maksudnya, dari airport pun boleh terus meluncur ke hotel tanpa pening kepala.
Hotel ni sangat best tau, bertaraf 5 bintang yang menjanjikan pengalaman menginap yang gempak dengan pemandangan bandar yang memukau.
Boleh dikatakan yang hotel ni dilengkapi dengan segala yang korang perlukan untuk penginapan yang selesa; kolam renang luaran untuk rehat-rehat, pusat kecergasan untuk korang yang tak nak skip workout, dan taman untuk lepak-lepak santai.
Untuk keluarga yang bawa anak-anak kecil, jangan risau sebab ada kelab kanak-kanak yang pastinya dapat menggembirakan si kecil. Dan kalau korang malas nak keluar cari makan, hotel ni punya restoran yang serve variety of cuisines – Cina, British, Perancis, dan ada juga pilihan vegetarian, halal, dan vegan. Semua orang boleh makan sampai kenyang!
Setiap bilik di hotel ini berhawa dingin, dilengkapi dengan semua yang korang perlukan – dari cerek untuk kopi pagi korang, peti sejuk, ketuhar, hingga ke TV skrin rata. Korang boleh lepak dalam bilik sambil menikmati pemandangan KL, memang syok!
Dan kalau korang nak explore sekitar, hotel ni dekat je dengan Tokong Thean Hou dan Muzium Kesenian Islam Malaysia. Plus, dengan lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang hanya 21 km away, korang boleh arrange perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang dengan mudah.
So, kalau korang nak pengalaman menginap yang mewah tapi still rasa macam dekat rumah, Sentral Luxury Suites KL inilah tempatnya. Jangan lupa book awal, okay!
9. Suite Diraja Hotel 5 Bintang Di Kuala Lumpur

Last but not least, satu port penginapan yang bakal buat korang excited! Royal Suite di Bukit Bintang ni bukan saja strategik sebab dekat dengan pusat tumpuan, tapi dia punya offer tu, memang top-tier!
Korang bayangkan menginap dalam apartmen yang ada kolam renang dengan pemandangan yang mengagumkan. Dah tu, ada mesin basuh pulak tu. Maknanya, korang boleh jimat space bagasi sebab boleh basuh baju terus.
WiFi? Free je. Tempat letak kenderaan? Pun free. Ada kemudahan untuk tetamu kurang upaya lagi. So, korang yang datang dalam kumpulan atau family yang ada keperluan macam ni, memang sangat sesuai lah!
Apartmen ni dilengkapi dengan balkoni untuk lepak-lepak sambil tengok view bandar yang meriah. Ada TV satelit skrin rata, dapur yang serba lengkap dengan semua yang korang perlukan untuk masak. Korang boleh buat breakfast sendiri dengan view KL, best kan?
Untuk yang bawa family, ada taman permainan kanak-kanak disediakan. Satu lagi, kalau korang nak explore KL dengan basikal, korang boleh sewa terus dari sini.
Lokasi dia pun dekat dengan tempat hot seperti Suria KLCC, Berjaya Times Square, dan Starhill Gallery. Jadi, lepas chill di apartmen, boleh terus keluar jalan-jalan cari makan atau shopping.
Kesimpulan Hotel 5 Bintang Di Kuala Lumpur
So, apa lagi korang tunggu? Kalau nak trip ke Kuala Lumpur yang penuh dengan kenangan dan keselesaan, pilihan hotel-hotel 5 bintang di Kuala Lumpur yang kami senaraikan ini mungkin pilihan terbaik yang korang cari. Kalau ada yang berminta, jangan lupa book awal! Takut habis, menyesal nanti!