Korang cari hotel budget di Desaru? Kami bawakan untuk korang pilihan hotel yang mampu korang jadikan sebagai penginapan mesra poket di Desaru. Jom tengok sama-sama!
Kandungan
7 Hotel Budget di Desaru
1- Desaru, Bayu Balau Beach Resort

Bayu Balau Beach Resort di Desaru ni salah satu pilihan yang seronok untuk korang stay! Yang bestnya resort ni ada kolam renang luaran, taman, lobi yang luas, dan banyak lagi kemudahan untuk tetamu.
Ada juga restoran tau, jadi senang untuk korang nak cari makanan. Bilik-bilik di sini lengkap berhawa-dingin dan ada disediakan WiFi percuma. Setiap bilik pula ada bilik mandi peribadi, so privacy korang pasti terjamin.

Walaupun bertaraf hotel budget, tapi ianya lengkap dengan almari pakaian dan TV skrin rata. Selain tu, linen katil dan tuala pun disediakan.
Selain Pantai Desaru, korang juga boleh ke Pantai Tanjung Balau dan Pantai Tanjung Lompat yang dekat sangat dengan resort ni. Nak sampai ke pantai korang boleh jalan kaki je. Bestkan?
Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, dalam jarak 81km dari resort ni. Untuk korang yang datang dari luar negara, inilah pilihan airport terdekat untuk korang sampai ke Desaru.
2- Amansari Hotel Budget di Desaru

Amansari Hotel Desaru merupakan pilihan seterusnya untuk tempat yang selesa menginap. Hotel 3-bintang ni mempunyai gym, dan bilik-bilik berhawa-dingin dengan WiFi percuma dan bilik mandi peribadi. Ada juga kemudahan seperti khidmat bilik, kaunter penerimaan tetamu 24 jam, dan simpanan bagasi untuk tetamu.
Setiap bilik dilengkapi dengan TV skrin rata dengan saluran satelit, bar mini, cerek, bidet, kelengkapan dandanan diri percuma, dan almari pakaian. Jadi, korang boleh berehat dengan selesa dalam bilik.
Restoran di hotel ni menyajikan masakan Asia dan Eropah. Kalau nak makanan halal, korang boleh request dari pihak hotel.
3- Hotel Desaru Penawar

Hotel Desaru Penawar ada menyediakan WiFi percuma di seluruh kawasan penginapan, jadi senang untuk korang stay connected.
Disediakan untuk korang kemudahan seperti almari pakaian, TV skrin rata, penghawa dingin, dan bilik mandi peribadi yang lengkap dengan bidet dan peralatan mandian percuma. Sangat selesa untuk tetamu!
Kakitangan di kaunter penerimaan tetamu boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan Melayu, so incase korang nak dapatkan bantuan boleh dapat panduan praktikal tentang kawasan sekitar dari mereka.
4- Tiara Desaru Seaview Residence

Korang juga boleh pertimbangkan untuk menginap di Tiara Desaru Seaview Residence. Menariknya tentang penginapan ni, ada disediakan 4 kolam renang, gelanggang tenis peribadi, dan pantai rata. Jadi, banyak kemudahan rekreasi untuk tetamu.
Setiap unit lengkap dengan bilik mandi peribadi bersama kemudahan pancuran mandian. Ada juga unit yang menawarkan pemandangan kolam renang, memang best untuk relax.
Selain tu, ada kemudahan barbeku. Jadi, kalau nak buat BBQ dengan kawan-kawan atau keluarga, boleh je.
5- Tiara Desaru Resort

Terdapat kolam renang luaran, pusat kecergasan, taman, dan restoran yang disediakan sebagai kemudahan buat penghuni Tiara Desaru Resort. Resort 3-bintang ni mempunyai bilik berhawa-dingin dengan WiFi percuma dan bilik mandi peribadi.
Kalau korang memang anti bau rokok, tempat penginapan memang pilihan terbaik untuk korang sebab ianya dikategorikan sebagai tempat penginapan bebas asap rokok.
Pantai Tanjung Lompat hanya 3-minit berjalan kaki dari resort ni, jadi senang nak ke pantai.
Bilik-bilik dia ada almari pakaian dan TV skrin rata. Linen katil dan tuala pun disediakan.
Kalau sukakan aktiviti berbasikal, korang boleh sewa basikal kat sini. Sebagai tambahan, kakitangan di meja pendaftaran boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Bahasa Cina, jadi mudah untuk urusan komunikasi.
6- D’Vista Apartments in Lotus Desaru Beach Resort

Pilihan yang seterusnya adalah D’Vista Apartments in Lotus Desaru Beach Resort. Resort ini menyediakan kemudahan seperti restoran, kolam renang luaran, dan pusat kecergasan. Penginapan berhawa dingin ni terletak dekat dengan Desaru, dalam jarak 4.3 km je.
Apartmen ni ada 2 bilik tidur, dapur kecil dengan microwave dan peti sejuk, TV skrin rata, ruang tempat duduk, dan 2 bilik mandi. Kemudahan yang sangat selesa untuk tetamu.
Kalau korang datang bercuti bersama kanak-kanak, ada taman air dan taman permainan kanak-kanak di apartmen ni. Jadi, ada aktiviti untuk anak-anak bermain. Pasti diaorang tak bosan punya!
7- NY TROPICAL BACKPACKERS Hotel Budget di Desaru

Kalau sekadar nak dapatkan tempat untuk lepaskan lelah dan berehat, korang wajar pertimbangkan NY TROPICAL BACKPACKERS ni. Boleh dikatakan ianya pilihan penginapan yang lebih santai. Walaupun hotel bajet, ianya ada menyediakan WiFi percuma dan bilik dengan penyaman udara. Wah, terbaik!
Bilik tetamu mempunyai linen katil, jadi tetamu boleh berehat dengan selesa. Cuma sesuatu yang korang kena take note, tandas di sini adalah tandas berkongsi. Maknanya, korang perlu berkongsi dengan penghuni yang lain jika mahu menggunakan tandas.
Bagi backpackers yang mencari penginapan mesra bajet, tempat ni sesuai sangat untuk korang.