Hotel Dekat Tasik Putrajaya – Hotel 5 Bintang Dengan 3 Kolam Besar Yang Menyeronokkan
Kandungan
Tentang Hotel Dekat Tasik Putrajaya
Hotel dekat Tasik Putrajaya, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside ni memang merupakan spot terbaik untuk korang yang berhajat nak lari dari kesibukan bandar. Lagi best ianya sangat dekat dengan pelbagai tarikan hot di Putrajaya.
Lokasi tepi Tasik Putrajaya tu, ha, memang cantik habis, sesuai untuk yang nak buat aktiviti riadah atau sekadar lepak menghirup udara segar.
Layanan Mesra & Bilik Yang Selesa
Bila korang sampai je, staff hotel akan sambut dengan kukis cip coklat yang jadi signature istimewa hotel ini. Serius, melangkah masuk je korang akan terasa macam balik rumah sendiri. Layanan staff di sini sungguh mesra hingga buat pengunjung rasa istimewa dan dihargai.
Tentang bilik pulak, memang terbaik! Dari bilik standard sampai ke suite, semua dihias cantik dan lengkap dengan semua yang korang perlukan. Ada Wi-Fi yang laju, TV skrin besar dan minibar yang penuh dengan stok. Jendela besar setiap bilik pula menawarkan pemandangan tasik atau bandar yang memukau, perfect untuk buat korang rasa rileks sambil menikmati indahnya pemandangan.
Makan & Fasiliti Hotel Dekat Tasik Putrajaya
Makanan? Jangan cakap! Restoran di hotel ni ada macam-macam pilihan dari lokal sampai international pun ada. Kalau korang berpeluang unttuk sarapan pagi, please jangan skip sarapan bufet diorang. Sebab macam-macam ada, dari buah segar sampai lauk pauk yang mengenyangkan. Kalau malam, cuba dining Al-Fresco di tepi tasik, suasana romantis dengan lampu-lampu yang berkelipan sangat sesuai untuk dinner berdua atau bersama keluarga.
Bercerita tentang fasiliti pulak, boleh dikatakan kemudahan di hotel dekat Tasik Putrajaya ni memang tip top. Korang boleh berendam dalam kolam renang infiniti sambil layan view tasik yang menarik, atau manjakan diri dengan servis di spa untuk badan yang segar bugar. Bagi korang yang suka workout, gym di hotel ni dibuka 24 jam dan lengkap dengan peralatan terkini.
Sesuatu yang lebih menarik lagi tentang hotel ini ialah selepas renovation pada tahun 2019, hotel ini menjadi lebih best dan terkenal sebagai hotel mesra kanak-kanak. Eh, kenapa pulak ye? Kalau korang nak tahu, pasca ubah suai dan tambah baik, hotel ini disediakan dengan pelbagai kemudahan yang pasti buat tetamu yang datang dengan anak kecil rasa sangat happy dan gembira di sini. Ada kolam mandi dengan taman tema air, arcade room, games room dan juga kelab kanak-kanak. Wah, best kan!
Kesimpulan
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside ni bukan setakat tempat untuk tidur je. Ia bakal menyajikan korang pengalaman dan rasa yang akan buat korang nak datang lagi. Serius best! Dengan layanan peribadi dan suasana yang mesra, hotel ni menjanjikan pengalaman yang tak akan korang lupa.