9 Kedai Makan Sedap Di kajang
Jom kita terjah kedai makan sedap di Kajang pula! Kajang dikenali dengan Sate Kajangnya. Namun, tanpa kita sedari, terdapat banyak tempat makan yang sedap di Kajang.
Kandungan
Kedai makan sedap di Kajang
Ikan Bakar Terangkat
Ikan Bakar Terangkat merupakan salah satu tempat yang menyediakan makanan laut untuk para pengunjungnya. Korang boleh pilih segala jenis makanan laut.
Harganya juga berpatutan dengan saiz hidangan yang korang pilih. Kebanyakkan pengunjung lagi suka memilih ikan bakar sebagai hidangan pilihan.
Laman Grill Steak & Bar-B-Que (Kajang)
Laman grill steak merupakan kafe yang menyajikan makanan berasaskan daging dan makanan barat. Namun yang paling terkenal di sini adalah steak nya yang berjus dan lembut ditambah pula dengan sos ramuan istimewa mereka. Memang berbaloi !
Roti Canai D’Bukit
Roti Canai D’Bukit menyajikan korang sarapan yang enak dan sedap di Kajang ini. Bahkan, roti canainya disajikan dengan kuah gulai, sambal dan kari daging.
Selain itu, nasi lemaknya juga sedap dan rasa sungguh lemak santannya.
Western Bosku
Makanan barat sememangnya tidak asing lagi dengan tekak rakyat kita. Tidak kiralah bangsa apa. Yang pasti, memang ramai antara kita lebih gemar makanan barat.
Western Bosku menyediakan hidangan set satu talam itu terdapat pelbagai lauk seperti lamb chop, meatball, spagetti bolognese, fries dan chicken chop.
Memang boleh dimakan sehingga 3-4 orang dalam satu talam. Mereka juga membuat tawaran dengan memberi jus buah percuma dengan setiap pembelian talam Western Bosku.
1957 Kopi + Makan
KAfe ini menyajikan pelbagai menu untuk korang seperti masakan makanan barat, dessert dan mee kari.
Korang dicadangkan untuk mencuba hidangan yang sentiasa mendapat pujian ni ye. Antaranya, beef lasagna, chicken sandwich, burnt cheese cake, spaghetti aglio olio mushroom, nuttella cheesecake, peanut butter choc cake dan banyak lagi!
Sate Kajang Haji Samuri
Kedai makan paling legend dekat Kajang. Sebut je sate pasti korang dah tahukan? Memang kenyang makan kat sini. Bukan tu je, ada juga makanan lain seperti burger, nasi goreng, dan kuey teow.
Waktu Operasi: 11 pagi hingga 12.30 pagi
Alamat: Lot 1, 2 & 3, Tingkat Bawah & Tingkat 2, Bangunan Dato’ Nazir, Jalan Kelab, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Mishaltit
Jarang-jarang kita temui restoran yang menggabungkan masakan Timur Tengah dengan Barat di Malaysia. Shawarma, Chicken Cordon bleu, dan Pizza adalah sebahagian hidangan yang mewakili semua jenis masakan itu.
Menurut Mishaltit, menu paling terkenal mereka ialah Chicken Cordon Bleu, Crispy Chicken, BBQ Meal, Shawarma Calzone, Chicken Fatteh dan minuman campuran Mishaltit.
Alamat: A-G-13 De Centrum Mall, Jalan Ikram-Uniten, Bangi Goevrnment and Private Trainin, Bangi Government and Private Training Centre Area, 43000 Kajang
Waktu Operasi: Setiap hari (12pm – 1am)
Tengok juga kedai makan sedap di Kajang di sini
Kafe Kambing Kacak
Korang kena cuba makanan yang menjadi pilihan ramai pelanggan di Kafe Kambing Kacak ni. Antaranya, seperti Kambing Kacak Special, Chicken Mandy, Lamb Kabsa, Pizza, Lamb Shank dan Kebab Roll.
The Grato Bandar Seri Putra – Kedai makan sedap di Kajang
Spicy Italian Lamb Pasta dan Baked Chicken Burrito adalah makanan yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan. Harga makanannya sesuai dengan kualiti dan kuantiti makanan yang agak besar.
Alamat: 39, Jalan Seri Putra ¼, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (1230am – 11pm)
Jumaat (3pm – 1130pm)