Tempat Makan Sedap Di Bagan Lalang
Selain dari tempat makan sedap di Bagan Lalang, tarikan utamanya juga adalah pantai.
Yang tinggal di area Selangor ni, bila sahaja dibenarkan merentas daerah, pantai inilah yang kami cari dahulu, selain dari Pantai Morib.
Kalau dari Bangi atau Kuala Lumpur, ambil masa dalam sejam juga nak ke sini.
Tapi sejam tu tak menjadi masalah besar pun, sebab dah tak tahan sangat dah duduk kat rumah. Berbulan-bulan tanpa keluar meronda dan cuti-cuti.
Bagan Lalang, dulu dan sekarang
Dulu, Bagan Lalang ni tidak terkenal macam sekarang. Tak ramai yang tahu.
Tapi sejak Sepang semakin jadi tumpuan, lebih-lebih lagi lepas KLIA naik, kawasan sekeliling pun turut membangun dan naik. Hotel dan chalet pun turut naik.
Sekarang Bagan Lalang dah jadi satu tempat port percutian orang Selangor dan KL yang nak buat short vacay bersama family.
Baca juga tempat makan sedap di Kuala Lumpur di sini
Tempat makan sedap di Bagan lalang
Bagan Lalang memang terkenal dengan tempat makan atau restoran seafood yang sedap dan harga yang berpatutan.
Antara restoran atau tempat makan sedap di Bagan Lalang yang memang menjadi tumpuan orang ramai adalah :
1-Restoran Terapung H.M Sri Bagan Sdn Bhd
2-Restoran Senandung Malam Seafood
3- Restoran Bayu Malam Seafood
Nikmati permandangan sunset yang sangat cantik dari sini
4- Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan Bakar & Seafood
5- Warung Mak Jah
6- Bagan Lalang Ewaview Restaurant
7- Restoran Seafood Tepi Laut
Rata-rata kedai di sini buka pukul 5.00 petang.
Diingatkan, jika berhajat makan di sini, sebaiknya datang awal. Sebab kalau dah lepas pukul 6.00 petang, memang kena beratur panjanglah jawabnya. Lebih-lebih lagi kalau hujung minggu.
Makanan di restoran atau kedai makan di sini rata-rata sedap dan memang puas hati.
Disyorkan datang awal, makan dulu dan baru buat aktivit lain.
Makan sambil menikmati keindahan sunset. Memang puas hati.
Jika makan di restoran yang berdekatan dengan pantai, pilih meja yang mengadap pantai ye, boleh tengok sunset dengan jelas.
Lepas makan, bolehlah ke pantai. Jalan-jalan susuri pantai sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.
Jika kena dengan masa dan musimnya, di sini ramai yang mencari ketam sama.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.