Tempat makan sedap di Desaru ini khas untuk korang yang sedang mencari port makan sambil bercuti di Desaru.
Desaru terkenal sebagai tempat percutian yang popular di selatan tanah air. Persisir pantainya yang bersih memutih menjadi tarikan ramai ke sini.
Kandungan
Tempat Makan Sedap di Desaru
1. Restoran Terapung Bujang Firefly
Tempat makan sedap di Desaru yang pertama ini sangat popular di kalangan pengunjung pantai Desaru.
Restoran ini seakan-akan terapung.
Suasana persekitarannya juga menarik. Ramai yang datang ke sini sebab suasana makan yang seronok.
Korang boleh makan di atas sungai atau nak thrill sikit korang boleh juga makan di atas bot sambil melayari sungai.
Bagi yang gemar memancing, restoran ini juga ada sediakan tempat untuk memancing.
Jika korang datang pada waktu malam, korang boleh melihat kelip-kelip di sekitar restoran.
Menu makanan yang special di restoran ini ialah masakan berasaskan seafood seperti belangkas, gonggong, lokan dan ketam.
Korang boleh pesan untuk di masak secara bakar, bersambal, lada hitam, telur masin, butter, salad butter atau nestum. Terpulang pada selera dan tekak korang.
Menu lain yang korang boleh pesan termasuklah masakan panas dan juga masakan Thai.
Alamat : Bandar Penawar, 81930 Bandar Penawar, Johor
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari dari jam 12:00 tengahari – 11:30 malam.
2. Restoran Aneka Desaru
Kalau singgah ke restoran ini, korang akan jumpa bubur berlauk dengan bahan seperti kacang goreng, ayam goreng cincang, sambal bilis dan telur masin.
Selain itu, terdapat masakan panas memang di sini. Makanan barat juga ada antaranya spaghetti, burger, chicken chop, lamb grill dan banyak lagi.
Korang boleh pesan mengikut selera dan kehendak korang.
Alamat : 97, Jalan Kempas 1, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor
Waktu Operasi : Setiap hari dari jam 4:30 petang hingga 11:00 malam
Baca juga tentang chalet tepi pantai yang menarik di Johor di sini
3. Nasi Ayam Hainan Desaru
Korang suka tak makan masakan ala Chinese?
Kalau korang suka, apa kata singgah di Restoran Nasi Ayam Hainan.
Di sini ada ada pelbagai menu menarik untuk dinikmati bersama insan tersayang.
Antara menu yang menjadi tarikan di sini ialah nasi ayam hainan, nasi ayam roasted, mi kari nyonya dan banyak lagi.
Korang juga boleh cuba wantan mee kering, taufu claypot dan bubur set nasi. Kesemua menu ini dimasak dengan citarasa Cina dan pasti ianya halal.
Alamat : Sebelah Pasaraya Sakan, 81030 Tanjong Surat, Johor.
Waktu Operasi : Rabu-Isnin( 8 am – 6 pm )
4. To’mad Salai : Tempat Makan Sedap di Desaru
Restoran To’mad Salai ini menawarkan pelbagai masakan Melayu. Antara menu utama adalah salai dan salai masak lemak cili api dan asam pedas claypot.
Jika korang peminat asam pedas claypot, terdapat 5 jenis pilihan ikan ditawarkan iaitu ikan mayong, ikan merah, ikan pari, ikan siakap dan ikan kaci. Korang boleh pilih ikan kegemaran korang.
Jika korang nak makan kuah salai lemak cili api claypot pula, pilihan yang ada ialah keli, ayam, daging, itik atau puyuh.
Bukan itu sahaja, di restoran ini turut ada lauk lain seperti tom yam, sup dan goreng kunyit. Lauk-pauk ini dihidangkan bersama nasi putih dan sayuran atau telur sampingan yang boleh dipesan bersama.
Korang juga boleh dapatkan masakan panas dan goreng-goreng. Seronok tau bila makan panas-panas.
Alamat : Unit 12, Laman Kabin DU, Taman Desaru Utama, Desaru, Johor.
Waktu Operasi : 11pg – 10 mlm (Selasa TUTUP)
5. Dee Pondok Desaru
Menu menarik di restoran ini ialah asam pedas. Terdapat pelbagai jenis asam pedas yang korang boleh makan di sini seperti asam pedas kepala ikan, ikan pari, ikan kerisi atau ikan kembung.
Setiap satu didatangkan secara set bersama air sirap / teh o ais, nasi putih, sambal belacan dan telur dadar atau telur masin.
Selain asam pedas, korang juga boleh menjamu selera dengan masakan bakar dengan pilihan pelbagai jenis ikan dan makanan laut lain.
Alamat : 90, 81600 Bandar Penawar, Johor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 12.00 tengah malam setiap hari
6. The Link Bistro : Tempat Makan Sedap di Desaru
The Link Bistro merupakan restoran yang menyediakan lebih 30 jenis juadah istimewa selera kampung seperti gulai, kerabu, ulam ulaman dan beraneka kuih muih.
Korang boleh ke sini untuk menikmati pelbagai menu bersama keluarga, sahabat andai mahupun jiran tetangga.
Alamat : No 18, Jalan Semarak 1, Taman Desaru Utama 81930 Kota Tinggi, Johor, Malaysia
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari setiap hari kecuali hari Selasa. (12:00 tengahari – 10:00 malam)
7. Mama Jeli Recipe
Kedai makan Mama Jeli Recipe ini terletak di tepi jalan utama Kota Tinggi ke Pengerang. Tempat yang strategik terutamanya kepada pelancong yang datang bercuti ke Desaru.
Pelbagai menu makanan yang tersedia di kedai makan Mama Jeli Recipe, antaranya cendol, laksa Johor, Mee Rebus, Rojak Manis, Rojak Petis, Soto Nasi, Mee Soto dan Mee Hoon Soto.
Antara yang paling menjadi kegemaran pelanggan di sini ialah Cendol. Pelbagai jenis cendol yang terdapat di Mama Jeli Recipe.
Sekiranya korang merancang bercuti ke Desaru, korang wajib singgah di kedai ni tau.
Alamat : Kampung Baru Sungai Mas, 81930 Bandar Penawar, Johor.
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin.