Port Glamping Di Genting Highland – Siap Dengan Tab Mandi Panas
Bercadang nak cari tempat glamping di Genting Highland? Kami ada jawapan untuk pencarian korang. Jomlah baca artikel lebih lanjut lagi kalau korang nak tahu tentang port yang best ni!
Kandungan
Lokasi Port Glamping Di Genting Highland

Terletak di Genting Highlands, 14 km dari First World Plaza dan 32 km dari Kilang dan Pusat Pengunjung Royal Selangor Pewter, Glamz at Genting menawarkan pelbagai kemudahan, fasiliti serta pemandangan yang cukup menyenangkan!
Buat korang yang pertama kali datang ke port glamping ni, pastikan korang ikut betul-betul papan tanda yang menunjukkan arah ke sini. Kalau terlepas simpang korang mungkin terpaksa buat pusingan U sejauh 16km. Uish, jauh tu kan? So, better korang bagi fokus pada pemanduan supaya tak tersilap jalan. Maklumlah, port ni terletak sedikit jauh ke dalam hutan.
Fasiliti & Kemudahan

Port glamping di Genting Highland ini menyediakan tiga pilihan penginapan iaitu Tenda Bell, Bilik Double atau Twin dan juga Bilik Famili. Setiap unit dilengkapi dengan bilik mandi peribadi, pancuran mandian, dan pengering rambut.
Korang pasti berpuas hati dengan keluasan dan ruangan dalam bilik yang ditawarkan sebab ruangnya sangat luas dan selesa. Lagi best disediakan pula buaian atau ‘hammock, sofa bed’ dan juga bean bag di dalamnya. Best, kan?
Waktu sarapan pagi pula korang bakal di sajikan dengan makanan yang sedap-sedap belaka. Cuma pilihan makanan mungkin sedikit terhad. Jadi tak salah pun untuk korang stand by bawa apa-apa makanan tambahan yang sesuai. Boleh kudap-kudap time perut tengah kosong.
Kalau korang baca review mereka yang pernah datang ke sini, rata-ratanya memuji staf-staf di sini yang sangat ramah. Jika korang ada apa-apa masalah, staf mereka akan segera datang membantu.

Suasana Indah di Glamz at Genting
Boleh dikatakan port glamping di Genting Highland ini satu tempat yang sesuai untuk berehat. Jaraknya yang terletak jauh dari bandar cukup memberi rasa damai dengan suasana yang bagus. Korang boleh rasakan ketenangan dan keselesaan yang amat sangat. Persekitarannya yang sangat santai terutama pada waktu malam dengan angin sejuk yang nyaman dan indah.
Bagi menjamin rasa selesa yang berpanjangan, port glamping ini dijaga dengan rapi. Di semua tempat sangat bersih.
Bagi pencinta alam sekitar, korang pasti akan jatuh hati punya. Di sinilah korang boleh menikmati indahnya waktu pagi dengan nyanyian burung. Pada waktu malamnya pula korang bakal ditemani dengan bunyi si katak yang turut sama ingin menyanyi menghibur hati. Ala korang, kasi ca juga lah ya pada si katak!
Tab Mandi Yang Menghangatkan

Mungkin sesuatu lagi yang specialnya tentang port glamping ni ialah adanya jakuzi bagus dengan sauna dan bilik berwap. Dengan suasananya nyaman dan sejuk, korang nikmati jakuzi yang mampu memanaskan suhu badan yang dingin. Wow sangat!
Meskipun port ini letaknya sedikit ke dalam hutan, tapi korang tak perlu risau sebab ianya agak hampir dengan kedai runcit dan kedai makan yang diusahakan penduduk berhampiran. Mudahlah untuk korang dapatkan apa-apa saja yang diperlukan.
Kesimpulan Port Glamping di Genting Highland
Untuk percutian glamping dengan pemandangan atas gunung yang mendamaikan, apa kata korang cuba alami sendiri percutian di Glamz at Genting ni. Kembali ke alam semulajadi yang damai dan menyenangkan!