Vila Dengan Permandangan Gunung di Janda Baik – Nikmati Damai Alam Semulajadi Di Tengah Hutan Hujan Tertua Di Malaysia.
Janda Baik memang terkenal dengan keindahan dan kedamaian alam sekitarnya. Kalau korang bercadang untuk bercuti dengan suasana penuh kehijauan tapi masih selesa dan tenang, vila di Janda Baik yang terkenal dengan nama Rest Pause Rainforest Retreat ini adalah tempatnya.
Nak tahu lebih lagi tentang vila ni? Apa kata korang teruskan pembacaan sampai habis!
Kandungan
Rest Pause Rainforest Retreat

Lokasi
Vila indah ini dibina dalam komuniti berpagar yang tenang di Janda Baik, Pahang pada ketinggian seribu kaki dari paras laut. Lokasinya tak jauh pun dari ibu kota Kuala Lumpur.
Dengan pemanduan 45 minit dari Lembah Klang, korang bakal sampai ke satu tempat penginapan yang luas dengan keselesaan rumah dan pemandangan hutan menghijau yang mempesonakan.
Untuk yang mencari resort di Janda Baik, korang boleh tengok kat sini ye
Apa Yang Menariknya Vila di Janda Baik?
Vila yang luas ni berdiri sepenuhnya dengan 2 ruang tamu, 4 bilik tidur, 4 bilik mandi, perpustakaan (buku lama) dan dapur dalaman dan luaran yang serba lengkap. Selain kemudahan yang cukup lengkap, ianya juga disempurnakan dengan pemandangan sungai yang cantik.
Bukan itu saja, da taman, tempat barbeku, dan lounge yang boleh korang kongsi bersama. paling best, korang boleh nikmati pemandangan gunung dari teres vila.
Bilik-Bilik di Rest Pause Rainforest Retreat

Oh ya, vila ini mampu memuatkan maksimum 15 orang dengan selesa dalam satu masa yang sama.
Untuk pengetahuan korang, bilik tidur utama terletak di tingkat atas. Bilik tersebut dilengkapkan dengan satu katil saiz king dan satu katil saiz single, sebuah almari pakaian.
Di tingkat bawah, bilik tidur kedua juga mempunyai bilik mandi en suite, dilengkapi dengan satu katil saiz queen dan sebuah kabinet.
Bilik tidur ketiga yang terletak di tingkat atas menawarkan pengalaman tidur ala tatami dengan satu tilam saiz queen & satu tilam saiz single. Ianya juga dilengkapi dengan almari pakaian dan bilik mandi en suite.
Bilik tidur keempat di tingkat bawah menampilkan dua tilam saiz super single dalam gaya tatami dan sebuah kabinet dengan bilik mandi bersebelahan.

Kelengkapan lain yang disertakan termasuk kipas siling, penghawa dingin, pancuran mandian air panas, tuala, sabun mandi, syampu, perapi, dan pengering rambut.
Dekat sini, korang boleh dapatkan akses ke balkoni, tempat letak kenderaan juga disediakan percuma dan boleh memuatkan 4 buah kereta. WiFi yang laju bakal buat korang berhubung dengan dunia luar. Tak cukup dengan tu, mereka punya dapur berkongsi dan servis pengemasan untuk keselesaan korang.
Aktiviti di Vila Janda
Kat sini, korang takkan bosan sebab ada pelbagai aktiviti menarik yang boleh dicuba. Dari memancing ikan di sekitar Bentong hingga berkelah di kawasan perkelahan, pasti korang akan dapat nikmati keindahan alam semulajadi sekitar.
Kesimpulan
Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, jaraknya pun tak jauh, hanya 58 km dari tempat penginapan ini. Jadi, kalau korang tengah cari pengalaman menginap yang unik dan dekat dengan alam semulajadi, Rest Pause Rainforest Retreat ni adalah pilihan yang sempurna!