Villa Rimbun Desa – Dikelilingi Kehijauan Dan Kolam Yang Membiru
Korang pernah tak datang bercuti di Villa? Haa mesti korang tak tau kan suasana dekat Villa ini sangat berbeza dengan hotel atau resort . Antara salah satunya ialah Villa Rimbun Desa yang berada di Kuang, Sungai Buloh, Selangor.
Villa ini berkonsepkan dari kotej yang popular di lake District, England tapi ia disesuaikan dengan tema ala-ala kampung.
Apa yang menarik di Villa Rimbun Desa ?
Suasana di sini sangat aman damai, jadi kalau korang datang bercuti di Villa ini korang dapat merasakan suasana di kampung yang sunyi dan tenang.
Ia juga jauh dari bandar jadi korang akan bebas dari sebarang bunyi atau kesibukan di bandar.
Sangat sesuai untuk korang yang nak bercuti dengan keluarga kerana villa ini macam menginap di rumah sendiri.
Yang istimewanya villa ini lengkap dengan kolam renang, tempat set BBQ dan peralatan rumah yang lain.
Villa ini mempunyai 2 bilik tidur yang lengkap dengan penghawa dingin dan ia mampu menampung sebanyak 6 orang sahaja termasuk kanak-kanak.
Tapi korang jangan risau untuk kemudahan BBQ dapat menambung sebanyak 10 orang jemputan termasuk kanak-kanak.
Yang paling bestnya, Villa Rimbun Desa ini menyediakan kolam renang yang khas untuk korang yang bermalam sahaja dan tidak dikongsi dengan orang lain.
Jadi korang atau anak-anak kecil yang lain dapat bermain dengan bebas dan sepuasnya.
Harga Bermalam Di Sini
- RM350 semalam: Isnin hingga Khamis
- RM450 semalam: Jumaat hingga Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti Umum
- RM50 untuk BBQ facility jika perlu .
Check-in time adalah pada pukul 2.00 pm dan masa untuk check-out time pula adalah 12.00 pm.
View Cantik di Villa Rimbun Desa
Jom saya tunjukkan view yang menarik di sini, pasti korang akan terkejut dengan kecantikkan Villa ini.
Luangkan masa hujung minggu atau cuti sekolah bersama-sama family di sini.
Family seronok, kit apun puas hati.
Selamat bercuti semua 😍
Villa Rimbun Desa
Alamat: Lot 22512, Lorong Belimbing, Kuang, Sg Buloh
Hubungi: 013-3509705