Let’s travel together.

Gibbon Retreat Bentong – Nikmati Keindahan Alam

0 190

Gibbon Retreat Bentong, Pahang Darul Makmur merupakan sebuah lagi tempat baru bagi pencinta alam. Sangat sesuai untuk mereka yang mahu berehat, cari ketenangan dan hilangkan stress.

Kandungan

Bagaimana Nak ke Sini?

Jika dari Kuala Lumpur menggunakan lebuhraya Karak, korang perlu keluar di E8 arah Bentong. Selepas lalu tol plaza Bentong, korang ambil arah kiri. Belok kiri dan ikut arah Hutan Batu (Rock Forest) sampailah korang nampak pintu masuk Gibbon Retreat.

Jenis Penginapan

Terdapat beberapa jenis penginapan yang ada di sini. Korang boleh pilih ikut kesesuaian dan keselesaan korang.

1- Treetop Chalet

Sumber : gibbonretreat

Loteng setinggi 10 meter dengan pemandangan hutan ini boleh memuatkan 2 hingga 4 orang dewasa. Di dalamnya tersedia 2 katil dengan tilam bersaiz bujang.

Jika korang datang lebih dari 2 orang, korang boleh add on khemah with camp beds sebagai tambahan.

2- Rock Chalet

Sumber : gibbonretreat

Rock Chalet merupakan sebuah chalet yang sesuai untuk 2 hingga 5 orang dewasa.

Katanya chalet ini sejuk dan berangin. Mungkin kerana kedudukannya yang terletak di balik batu besar. So, kalau korang suka tinggal dalam suasana sejuk dan dingin chalet ini mungkin sesuai untuk korang.

3- Bentong View Chalet

Sumber : gibbonretreat

Bentong View Chalet ini mempunyai pemandangan indah. Ianya betul-betul bertentangan dengan lebuhraya Karak dan bandar Bentong.

Sesuai untuk korang yang datang dengan pax yang lebih besar. Muat sehingga 6 orang dewasa.

4- Rock Camping Deck (BYOT)

Sumber : gibbonretreat

Pelantar khemah seluas 18 kaki X 24 kaki bagi bahagian bawah. Manakala 12 kaki X 18 kaki bagi bahagian atas.

Sangat sesuai untuk kumpulan besar dengan bilangan minimum 5 orang. Bagi yang gemarkan suasana & bunyi deruan sungai, dek ini untuk korang. Kedudukannya betul-betul berdekatan dengan sungai.

Baca juga port makan sedap di Pahang

Kemudahan & Fasiliti

Setiap chalet di sini lengkap dengan tandas dan bilik mandi berasingan yang cukup bersih. Bilik mandi pulak ada pancuran air panas dan sauna box. Towel dan toiletries pun disediakan.

Untuk korang yang gemar memasak ketika retreat, korang pasti happy sebab segala kelengkapan memasak seperti mini fridge, microwave, toaster, portable gas stove dan BBQ pit pun ada.

Cuma peralatan asas untuk kitchenware ini tidak sesuai digunakan pengguna Muslim kerana berstatus non halal. Part ni korang boleh refer dekat web diaorang ye.

Aktiviti di Gibbon Retreat Bentong

Sumber : GRBentong

Aktiviti di sini mungkin agak terhad, namun ianya tak mengurangkan pun keseronokan korang. Ini antara aktiviti yang boleh dilakukan di samping korang berehat menenangkan fikiran.

1. Jungle Trekking

Trek ini asalnya merupakan sebuah air terjun kecil. Selepas kejadian arus deras yang sangat kuat ianya bertukar menjadi sungai.

Laluan trekking yang agak mudah. Jika korang datang bersama anak kecil, korang boleh ajak anak-anak beraktiviti bersama.

2. Hiking Trails

Sumber : GRBentong

Korang boleh mendaki menyusuri Sungai Mengai Batu untuk ke air terjun yang berhampiran. Nikmati bunyian yang menenangkan sepanjang pendakian.

Nak lebih mencabar, korang boleh teruskan pendakian. Korang berpeluang untuk lihat dan kenal spesis pokok-pokok yang mungkin jarang ditemui.

3. Rock Pool Swimming

Terdapat kolam hasil takungan aliran sungai yang kecil. Airnya sejuk dan cukup dingin. Kolam ini sesuai untuk anak kecil dan ianya dibuka 24 jam.

Ada lampu yang menerangi kawasan kolam. So tak perlu takut gelap kalau korang nak berendam dalam kolam.

4. Scavenger Hunt

Sumber : GRBentong

Berada dalam hutan ini korang boleh jumpa pelbagai spesis pokok, bunga dan serangga. Korang juga berpeluang untuk saksikan gayutan jebon dan monyet yang ada di sekitar hutan. Pasti seronok!

5. Campfire Platform

Berkhemah dan nyalakan unggun api bersama keluarga atau kawan-kawan. Bertemankan unggun api, korang boleh bercerita dan berborak. Pengalaman yang pasti korang akan kenang selamanya.

Tips & Peringatan

Sumber : Facebook

1. Tak digalakkan datang ke sini jika cuaca buruk. Korang boleh contact dulu penjaga chalet ini untuk pastikan kesesuaian.

2. Cuaca dalam hutan kadangkala boleh jadi agak sejuk, so better korang bawak extra blanket atau sweater.

3. Biasalah kalau dalam hutan mesti ada nyamuk kan. So, korang digalakkan untuk prepare bersama insects repellent bila datang ke sini.

4. Kalau berBBQ, jangan tinggalkan lebihan atau sisa makanan tanpa dikemas dan dibersihkan. Kalau tak, korang mungkin mengundang binatang yang ada di dalam hutan yang tertarik dengan bau makanan tersebut.

5. Makanan tak disediakan ya. So better korang bawa siap-siap makanan atau bahan masakan. Tak perlu korang keluar nak mencari bahan mentah atau makanan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Panduan Percuma

Cara booking bilik/homestay dengan harga murah dan cepat

Link panduan akan dihantar terus ke emel korang ye...

Kupon Voucher Untuk Booking Hotel

Dengan Harga Murah