Let’s travel together.

Homestay Tepi Pantai Di Dungun – Awan Cactus, Homestay Ala Greece

0 124

Yang mana sedang cari homestay tepi pantai di Dungun ni, korang boleh refer post kat bawah ni ye… homestay ala Greece ni pasti memenuhi citarasa korang semua.

Penginapan yang diberi nama Awan Cactus ini sangat cantik dan mempunyai dekorasi yang cukup unik.

Menarik Tentang Awan Cactus

Rumah banglo yang dijadikan homestay dan diberi nama Awan Cactus ini terletak di salah sebuah daerah di negeri Terengganu, iaitu Dungun.

Ianya terletak di Kampung Pukat dan berhampiran dengan beberapa buah pantai yang terdapat di negeri Terengganu ini seperti Tanjung Jara dan Teluk Bidara. Lokasinya yang berdekatan dengan pantai menjadikannya amat sesuai dikunjungi oleh korang yang ingin bercuti dekat dengan pantai.

1- Awan & Cactus – Homestay Tepi Pantai di Dungun

Sebenarnya gabungan nama Awan Cactus memberi maksud bahawa homestay ini terdiri dari dua unit yang terletak sebelah menyebelah.

Unit pertama dinamakan Awan, manakala unit kedua dinamakan Cactus. Apabila digabungkan keduanya, maka terjadilah Awan Cactus.

Ke dua-dua unit ini mempunyai keindahan dan keistimewaan rekabentuk dalaman dan luaran yang tersendiri.

Ilham dari pusat-pusat pelancongan polos seperti Santorini dan pusat pelancongan gurun seperti Mexico, unit-unit homestay ini telah direka dan dihias dengan gabungan estetika kedua-dua konsep pusat pelancongan ini. Sekaligus ianya mewujudkan suasana yang cukup tenang, aman dan damai ketika melangkah ke homestay ini.

Sumber : Sofia Saharudin

Sentuhan gaya rustic dan moden dan ditambah dengan penggunaan warna putih, neutral dan lembut menjadikan homestay ini kelihatan indah dan cantik sekali!

2- Unit Cactus

Kalau korang datang dalam kumpulan 6 orang dan ke atas, unit Cactus adalah unit yang sesuai untuk korang. Unit ini lebih besar dengan 3 bilik tidur.

Dianggarkan boleh didiami untuk 6 orang dewasa dan 9 orang kanak-kanak. Setiap bilik tidur dilengkapi dengan katil bersaiz queen,penghawa dingin, tuala dan bilik mandi yang didatangkan bersama pemanas air. Terdapat juga kolam renang persendirian untuk kegunaan tetamu di Cactus.

Disediakan juga ruang dapur dengan kelengkapan untuk memasak. Terdapat peralatan seperti peti sejuk, microwave dan penapis air coway. Jadi bila datang ke sini, korang hanya perlu sediakan bahan-bahan dan keperluan asas untuk kegunaan semasa menginap di sini.

3- Unit Awan

Merupakan unit dengan 2 bilik tidur yang lebih kecil berbanding unit Cactus. Unit ini boleh memuatkan kira-kira 4 orang dewasa dan 6 orang kanak-kanak dengan selesa. Seperti unit Cactus, setiap bilik di unit Awan dilengkapi dengan katil bersaiz Queen dan bilik-bilik mandi tersedia dengan tuala dan pemanas air.

Sumber : Trocal Rental

Di tepi kolam persendirian unit Awan, terdapat ruang istirehat yang korang boleh gunakan untuk bersantai dan lepak petang.

Unit Awan juga mempunyai dapur dengan kelengkapan asas yang cukup lengkap bagi memudahkan urusan tetamu yang datang menginap di sini.

Senarai pantai yang menarik di Dungun

Nak berjalan di Dungun?

Dah sampai ke Dungun tu mesti korang tertanya-tanya apa plan nak buat kan?

So, kalau korang nak berjalan-jalan di sekitar Dungun, ini dia senarai tempat yang menarik yang korang boleh kunjungi ketika berada di Dungun :

  • Tanjung Jara
  • Teluk Bidara
  • Rantau Abang
  • Muzium Dungun
  • Pusat Penyu Dan Ekosistem Marine (TUMEC)
  • Taman Tasik Tanjung Sura

Untuk pengalaman percutian yang menarik, jangan lupa bergambar banyak-banyak di homestay Awan Cactus ini. Gambar korang sure cantik bila bergambar di sini dan lagi nampak menarik bila korang upload di Instgaram nanti.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Kupon Voucher Untuk Booking Hotel

Dengan Harga Murah