Let’s travel together.
you can look here xxxbest.net playful student. chica mexicana se deja seducir. https://moonlightsex.pro arab old man fuck anything to help the poor. cuckold love jerking off.www.letmefap.net some product testing company ought to hire katy ca.

10 Tempat Menarik Di Sekinchan – Nikmati Suasana Kampung

0 498
Sumber: Hotel Combines

Sekinchan kini dikenali ramai kerana ada banyak tempat menarik di Sekinchan

Siapa sangka Sekinchan yang dahulunya hanya satu kawasan perkampungan sawah padi yang biasa-biasa sahaja sekarang sudah menjadi tempat perlancongan.

Sejak 10 tahun kebelakangan ini Sekinchan sering menjadi ‘escape weekend’ oleh penduduk bandar mencari ketenangan dan kelainan bersama keluarga.

Kawasan ini merupakan antara pengeluar padi terbesar negara dan terletak di antara Tanjung Karang dan Sungai Besar di Selangor yang dihubungkan oleh Jalan Klang-Teluk Intan.

Jika korang datang dari arah selatan, hampir semua padi ditanam di sebelah kanan jalan, maka di sebelah kiri pula adalah pantai Selat Melaka. Sebelum nak ke sini, jom kita rancang dan baca dulu 10 tempat menarik di Sekinchan.

Sila klik lokasi: Sekinchan.

Kandungan

Tempat Menarik Di Sekinchan

1. Pantai Cermin (Sky Mirror) – Port menarik di Sekinchan

Sumber: Zainudin Johari

Pantai Cermin atau lebih dikenali sebagai Sky Mirror ini adalah tempat yang sangat menarik di Sekinchan.

Sebenarnya ia adalah satu kawasan pasir yang cetek di tengah-tengah laut. Kawasan ini hanya akan timbul semasa air surut.

Ramai juga pengunjung yang salah sangka ianya merupakan kawasan persisiran pantai dan mudah untuk di akses.

Sumber: mdks

Sejujurnya untuk ke sini korang perlu menyewa bot di jeti Kampung Sasaran dan perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit. Masa bot berangkat bergantung kepada waktu air laut pasang dan surut setiap hari.

Biasanya pengunjung yang datang ke sini akan mengambil pakej bot beserta khidmat fotoshoot. Foto yang dihasilkan sangatlah cantik dan istimewa dan tiada di tempat lain. Jadi, bersedialah dengan pakaian yang menarik ye.

Oh ye, oleh kerana ianya berada di tengah laut, jadi memang tiada kemudahan tandas di situ. Tapi jangan risau, tandas ada disediakan di jeti.

Warganegara – DewasaRM80
Warganegara – Kanak-kanakRM65
Bukan Warganegara – DewasaRM100
Bukan Warganegara – Kanak-kanakRM90

2. Bukit Melawati

Sumber: mdks

Selepas korang selesai bergambar di Pantai Cermin dan pulang ke jeti Kampung Sasaran, eloklah korang terus singgah di Bukit Melawati sebab dah dekat sangat, tak sampai setengah kilometer jaraknya dengan jeti.

Bukit Melawati adalah nama yang ikonik sejak zaman kita sekolah rendah lagi.

Selain terkenal dengan kesan sejarah peperangan Sultan Ibrahim melawan Belanda di tahun 1784-1785, ianya juga tempat melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh mula berpuasa, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Sumber: bacpackingmalaysia

Di Bukit Melawati juga ada Perigi Beracun, Makam Anak Dara, Makam Diraja, Tangga Seratus, Telaga Tujuh, Batu Hampar, Busut Melawati dan banyak lagi peninggalan sejarah dengan pelbagai kisahnya tersendiri.

Ada kemudahan perkhidmatan keretapi juga tau, anak-anak mesti suka.

  • Alamat: 45000 Kuala Selangor, Selangor
  • Masa Operasi: 9.00 pagi – 6.00 petang ( Sabtu, Ahad dan Cuti Umum )
  • Tiket masuk: Dewasa RM3.00 & kanak-kanak RM2.00 (3-12 tahun)

3. Pantai Redang Sekinchan

Sumber: Visit Sekinchan

Lagi tempat menarik di Sekinchan ialah Pantai Redang. Di sini, hanya ada satu sahaja pantai awam. Selesai di Bukit Melawati, dalam setengah jam memandu korang boleh singgah pula di sini untuk makan tengahari di restoran atau gerai-gerai makanan di situ sambil menikmati angin dan pemandangan laut.

Sumber: hmetro

Pantai ni tak sesuai untuk mandi kerana air laut Selat Melaka tidaklah sejernih dan sebiru air laut di sebelah pantai timur. Tapi kalau korang nak mandi, boleh je.

Aktiviti bermain layang-layang juga meriah di sini. Sambil tengok anak-anak main layang-layang, korang nikmatilah keenakan air kelapa muda dan pelbagai jenis makanan yang dijual di situ.

Nak lepak-lepak di atas rumah pokok pun ada disamping bergambar di pokok yang popular -Wishing Tree.

Sumber: visit sekinchan
Sumber: visit sekinchan

4. MSekin Wonderland – tarikan menarik di Sekinchan

Sumber: ticket2u

MSekin Wonderland ini hanya bersebelahan sahaja dengan Pantai Redang iaitu dalam setengah kilometer jaraknya.

Ramai yang masih belum tahu kewujudan satu lagi tempat baru yang menarik di Sekinchan ini. Baru dibuka sepenuhnya pada Mei 2021.

Sumber: ticket2u

Kalau dah namanya taman teman air, satu hari memang tak cukup bermain di sini sebab inilah syurga buat anak-anak.

Ada lebih kurang 10 buah kolam dan aktiviti menarik seperti bermain ATV dan basikal elektrik. Yang paling menarik buat kaum wanita ialah adanya kolam khas untuk muslimah.

Sumber: libur.com.my

Bila dah seharian di sini, bolehlah bermalam di Sekin Hotel & Resort. Tempat penginapan ini berada dibawah satu pengurusan. Esoknya bolehlah sambung jalan-jalan lagi di tempat-tempat menarik di Sekinchan.

Pembelian tiket dan tempahan bilik penginapan boleh dibuat secara online. Harga tiket taman tema air ini berbaloi juga untuk keluarga yang besar.

Isnin – Jumaat9.00 pagi -8.00 malam
Sabtu – Ahad9.00 pagi – 11.00 malam
Cuti umum9.00 pagi – 12.00 tengah malam

5. Perkampungan Nelayan Sekinchan

Sumber: joyssan.wordpress.com

Hanya 1.3km jaraknya dengan MSekin Wonderland adalah Perkampungan Nelayan Sekinchan atau juga dikenali sebagai Bagan Sekinchan.

Beratus-ratus bot nelayan dapat dilihat beratur di tebing kuala ini.

Umumnya para nelayan akan keluar waktu pagi dan pulang petang membawa hasil tangkapan laut.

Di sini pun ada kedai makan makanan laut tau. Kalau korang teringin nak makan oyster segar, boleh cuba di Station no. 15.

Sumber: joyssan.file

Korang bertuah jika masa korang sampai sesuai dengan kepulangan nelayan dari laut. Korang akan menyaksikan bagaimana para nelayan ini memunggah hasil laut naik ke darat.

Jika pemborong hasil laut belum tiba atau ada lebihan hasil, rezeki koranglah dapat membeli ikan, sotong dan udang yang segar-segar itu. Jika ada niat nak membeli hasil tangkapan laut di sini, dicadangkan korang datang semasa hari nak balik supaya masih segar bila tiba di rumah.

6. Galeri Padi Sekinchan

Sumber: Mohd Faiz bin Abdul Manan

Destinasi seterusnya, korang boleh menuju ke Galeri Padi iaitu kira-kira 8km jaraknya daripada Perkampungan Nelayan. Selain laut dan pantai, Sekinchan amat sinonim dengan sawah padinya yang berpuluh-puluh kilometer terbentang di sepanjang jalan.

Korang wajib singgah di Galeri Padi Sekinchan ini untuk memahami dan menghargai bagaimana beras yang menjadi makanan wajib rakyat Malaysia ini dihasilkan.

Sumber: Mohd Faiz bin Abdul Manan

Galeri ini dimiliki oleh Kilang Beras Rakyat Sekinchan Sdn Bhd. Galeri ini bukanlah sekadar ruang pameran semata-mata, malah ia merupakan sebuah kilang sebenar yang merangkumi pusat pengumpulan padi, kilang memproses, gudang beras, galeri, muzium, malahan juga ada kedai menjual beras.

7. Sekinchan Coconut Farm

Sumber: flickr.com

Dah penat berjalan di Galeri Padi, jom singgah minum air kelapa dan coconut shake di Sekinchan Coconut Farm, iaitu satu lagi tempat menarik di Sekinchan yang wajib korang jejakkan kaki.

Jaraknya hanya lebih kurang 5km sahaja daripada Galeri Padi. Dari kejauhan lagi korang akan nampak ladang dan barisan pokok kelapa yang melambai-lambai korang untuk singgah.

Sumber: Visit Sekinchan

Gerai-gerai di sini disusun berkonsepkan ‘street food’ atau ala-ala pasar malam. Selain minuman popular air kelapa dan coconut shake, makanan ringan seperti sosej, oden, kuih muih, takoyaki dan banyak lagi turut dijual.

Kawasannya bersih dan gerainya kemas tersusun di celah-celah lorong pokok kelapa. Memang cantik sangat untuk ambil gambar kenangan bersama keluarga.

Sambil melayan selera tu korang bagilah anak-anak merasa main buaian hammock dan jongkang-jongkit diperbuat daripada batang kelapa.

Sumber: penselduabee
Sumber: Penselduabee

8. Triangle Farm Cottage House

Kalau nak menikmati semua tempat menarik di Sekinchan ni, satu malam sahaja tak cukup.

Jom kita menginap di Triangle Farm Cottage House pula.

Tempat ini hanya lebih kurang 1.5km sahaja jaraknya daripada Sekinchan Coconut Farm tadi.

Berkonsepkan billik tiga segi, tempat untuk berehat ini memang comel, selesa dan lain daripada yang lain.

Sumber: central.menarikdi.com

Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini bersama keluarga, antaranya berbasikal, memanah, memancing, bermain ping pong, mini golf putting, mandi di ‘inflatable pool’ bergelongsur yang besar dan ada karaoke juga.

Kemudahan untuk aktiviti berkumpulan juga ada disediakan seperti bilik seminar/mesyuarat dan BBQ.

Di tempat yang sama juga ada menawarkan kemudahan penginapan berkonsepkan kabin iaitu Farm Ville Cafe & Homestay.

Klik sini untuk ke website tempat ini: https://farmvillehomestay.com.my/home/

Sumber: farmvillehomestay

9. Laman Tebu Aidil & Aidil Orkid

Sumber: sinarplus

Banyak betul rupanya tempat menarik di Sekinchan ni.

Dari tempat bersejarah, pantai, sawah, kilang beras, ladang kelapa, taman tema air, laman tebu pun ramai pengunjung juga.

Selepas korang berehat dan beriadah di Triangle Farm Cottage House, esoknya boleh la korang memandu kira-kira 20km ke arah utara ke Laman Tebu Aidil pula.

Di sini air tebu diperah secara langsung. Makanan seperti nasi lemak, kepak ayam dan laksa pun dijual murah.

Sumber: anajingga.com

Laman Tebu Aidil dan Orkid Aidil ini diusahakan oleh sebuah keluarga yang sebelum ini berniaga eksport bunga orkid.

Disebabkan oleh wabak pandemik Covid-19, aktiviti eksport bunga orkid mereka terganggu dan ini menjejaskan pendapatan mereka.

Bagi menampung pendapatan yang terjejas teruk maka timbullah buah fikiran mendirikan Laman Tebu Aidil berkonsepkan ‘food-nature-tourism’.

Cetusan idea ini menyebabkan usaha mereka menjadi viral dan ramai yang berkunjung di sini.

10. Blue Tears

Sumber: wonderfly.asia

Satu lagi tarikan semulajadi selepas Sky Mirror ialah Blue Tears yang terletak di sebelah selatan Sekinchan.

Lokasi Blue Tears dan Sky Mirror pun tak jauh antara satu sama lain, jadi korang boleh sekalikan dalam pakej jalan-jalan Sekinchan korang dan menginap satu malam di kawasan ini.

Sumber: skymirrortour.com

Korang kena datang sebelah malam untuk menyaksikan fenomena cahaya biru terang yang dilantunkan daripada permukaan air laut.

Cahaya biru yang dipanggil ‘blue tears’ ini dihasilkan oleh fitoplankton iaitu sejenis tumbuhan marin yang hanyut di permukaan air. Ia menghasilkan pancaran rona biru sebagai tindak balas dengan air laut.

Sumber: sumberkini.my

Masa terbaik untuk datang ke sini ialah semasa bulan berada di fasa bulan baru (new moon), pukul 9.00 malam ke atas.

Hari yang dicadangkan ialah pada hari pertama, kedua dan ketiga dalam kalender lunar.

Pada masa itu, keadaan air pasang dan langit yang lebih gelap akan meninggikan peluang untuk cahaya biru ini lebih mudah dan jelas dilihat. Fenomena ini hanya boleh dirakamkan dengan peralatan fotografi dan kamera telefon bimbit yang canggih.

Warganegara – DewasaRM30
Warganegara- Kanak-kanakRM20
Bukan Warganegara – DewasaRM50
Bukan Warganegara – Kanak-kanakRM40

Demikianlah tempat-tempat menarik di sekitar Sekinchan. Korang boleh ikut cadangan itinerari ini atau boleh susun ikut masa korang sendiri.

Sebenarnya ada lagi tempat menarik yang boleh korang lawati jika masa korang mengizinkan seperti Pasar Jerami Ban Kenal, Eagle Feeding di Pasir Penambang dan Ah Ma’s House.

Kepada yang belum pernah pergi, jomlah rancang untuk mengisi masa hujung minggu nanti. Selamat berlibur!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

go to these guys https://chicasenred.me
www.sextophd.net