Let’s travel together.
you can look here xxxbest.net playful student. chica mexicana se deja seducir. https://moonlightsex.pro arab old man fuck anything to help the poor. cuckold love jerking off.www.letmefap.net some product testing company ought to hire katy ca.

Farm In The City – Taman Haiwan Popular Di Kuala Lumpur

0 247

Farm In The City merupakan taman haiwan yang agak popular di Kuala Lumpur.

Zoo dalam bandar ini ditubuhkan sebagai satu langkah untuk mengenalkan kanak-kanak terutamanya dengan pelbagai spesis haiwan dengan habitat semulajadinya.

Sejak kemunculan taman dalam bandar ini, ianya dikunjungi oleh ramai pihak yang mengambil kesempatan mengunjungi haiwan-haiwan yang comel da unik di sini.

Untuk korang yang sedang merancang mencari tempat terbaik untuk bawa anak-anak di hujung minggu, jom baca artikel kami kali ini.

Kali ini kami bawakan coretan tentang Farm In The City yang pastinya menarik dan membuatkan si kecil teruja dan happy!

Kandungan

Lokasi Farm In The City

Lokasi Farm In The City ini ialah di Seri Kembangan, selangor. Ianya mengambil masa lebih kurang 20-30 minit melalui perjalanan dari Kuala Lumpur.

Bagi warga kota, lokasi Farm In The City ini mempunyai akses yang agak mudah untuk dikunjungi.

Farm In The City terletak di Seri Kembangan. Lebih kurang 20-30 minit perjalanan dari kotaraya Kuala Lumpur.

Mudah untuk warga kota mengambil peluang untuk melawat taman haiwan ini. Taman ini berkeluasan 7 ekar dan mengandungi lebih 100 sepesis haiwan dari haiwan ternakan ke haiwan eksotik, dari dalam dan luar negara. 

Nak mudah – Beli tiket kat sini jer… tak perlu beratur dan tunggu lama.

Tarikan Yang Terdapat di Farm In The City

Dengan keluasan seluas 7 ekar, taman ini mempunyai lebih 100 jenis haiwan pelbagai kategori. Ada yang eksotik, ada yang tempatan dan ada juga yang diimport dari luar negara.

Bagi memberikan pengalaman yang menarik kepada pencinta haiwan, taman ini disusun dengan beberapa bahagian. Setiap bahagian menawarkan haiwan berbeza dan pengalaman yang berbeza.

Rekaan di seluruh taman juga agak unik dengan identiti tersendiri. Ini menjadikan kawasan ini amat menarik untuk dikunjungi.

1- Ostrich Farm

Ostrich Farm merupakan stesen terawal yang bakal korang temui. Korang akan disambut dengan si burung unta yang comel. Di tepi rumah burung unta terdapat juga kandang kambing dan lembu yang terletak bersebelahan.

2- Turtle & Tortoise Farm

Stesen kedua ini pula menempatkan spesis haiwan seperti kura-kura dan penyu. Menariknya, haiwan-haiwan ini boleh diberi makan secara langsung oleh pengunjung.

Kalau bawa anak-anak, pasti merekalah yang paling teruja!

3- Reptiles Cavern

Di Reptiles Cavern, terdapat reptilia yang sering digeruni ramai iaitu ular yang menghuni laluan khas seperti sebuah gua.

Terdapat juga spesis buaya terkecil yang ditempatkan di stesen ini.

4- Passion Fruit Garden

Di stesen ini terdapat ladang buah markisa. Terdapat juga beberapa ekor arnab dan guinea pig yang berkeliaran di sekitar kawasan stesen ini.

Kalau korang bertuah mungkin juga boleh jumpa beberapa ekor kucing leopard yang menghuni kawasan ini.

Alang-alang dah sampai KL ni, jangan lupa bawa anak-anak ke taman burung yang sangat special ni

5- Free-Flight Bird Aviary

Di stesen kelima ini, terdapat sebuah sangkar yang di dalamnya beterbangan bebas burung-burung pelbagai jenis.

Korang boleh masuk ke dalam sangkar bersama-sama dengan burung-burung ini dan bebas untuk memberi makan kepada burung-burung.

6- Savannah

Masuk sahaja ke Savannah, korang akan disambut mesra oleh sekumpulan kambing yang diimport khas dari Switzerland.

Banyak lagi haiwan yang menarik dan unik ditempatkan di sini. Ini antara stesen yang paling menyeronokkan untuk dikunjungi.

7- Vegetables & Fruits Farm

Stesen ke tujuh merupakan sebuah kebuh buah-buahan dan sayur-sayuran.

Terdapat lebih 100 jenis buahan tropika dan sayuran yang telah ditanam di sini.

8- Pet Village

Sumber : farminthecity

Stesen ke 8 ini menempatkan haiwan comel seperti arnab dan guinea pig yang dibiarkan bebas berkeliaran.

Korang boleh membelai haiwan-haiwan ini dan memberi mereka makan. Best kan?

9- Longkang Fishing

Seakan mengimbau aktiviti zaman kanak-kanak, iaitu menangkap ikan di parit tepi rumah.

Begitulah aktiviti yang korang boleh lakukan ketika melalui stesen ke-9 ini.

10- Fish Feeding at Mood’s Lake

Di Tasik Mood, korang boleh beri haiwan-haiwan seperti ikan koi, itik, angsa dan lain-lain yang bebas berenang di sini makan.

Suasana cukup tenang tau bila melihat haiwan-haiwan ini gembira berenang di dalam tasik.

11- Jungle Walk

Seperti namanya, bahagian ini direka menyerupai habitat hutan sebenar.

Seakan diri berada dalam hutan dan pastinya dikelilingi oleh haiwan-haiwan hutan seperti marmoset, landak, musang dan juga iguana. 

12- Twilight Creatures

Tempat untuk haiwan-haiwan yang gemar berjaga pada waktu malam seperti burung hantu dan slow loris.

Memandangkan korang datang pada waktu siang, jadi peluang nak tengok haiwan ini mungkin sedikit sukar.

13- Exhibition Hall

Di stesen ini, haiwan-haiwan yang agak jarang ditemui dipamerkan. Korang berpeluang untuk kenal lebih dekat lagi tentang spesis haiwan-haiwan rare ini.

14- Kampung Mahmood

Di Kampung Mahmood, korang dapat saksikan persembahan-persembahan dari haiwan-haiwan yang cerdik seperti burung-burung Macaw dan Parrot bersama rakan-rakan mereka.

Sangat menyeronokkan tau bila dengar haiwan-haiwan ini berceloteh tentang penjagaan haiwan dan alam sekitar. Comel,kan?

15- Pony Ride

Di stesen Pony Ride ini korang berpeluang menunggang kuda comel, si Pony.

Mungkin satu pengalaman baru bagi si kecil yang tidak pernah merasai pengalaman menunggang kuda.

16- Desert House

Stesen ke-16 ini menempatkan haiwan-haiwan gurun seperti Fennec Fox dan Meerkat.

Desert House atau Rumah Gurun direka untuk menyamai gurun sebenar agar haiwan-haiwan ini mudah menyesuaikan diri.

17- Falabella Horse

Sangat comel! Itulah perkataan yang pasti akan muncul di bibir setiap mereka yang melihat haiwan ini. Stesen ini khas untuk spesis kuda kerdil iaitu Falabella Horse yang sangat comel.

Menariknya korang boleh belai dan pegang kuda comel ini. Pasti anak-anak sangat suka!

18- Racoon Feeding

Stesen terakhir sekali ialah stesen yang menempatkan racoon dan juga musang.

Di stesen ini pun korang boleh belai dan beri haiwan-haiwan ini makan.

Waktu Operasi

Begitulah 18 stesen yang terdapat di Farm In The City ini. Jika korang merancang untuk datang ke sini bersama keluarga dan anak kecil, berikut kami kongsikan waktu operasi taman haiwan ini.

Isnin-Jumaat10am-6pm
Sabtu-Ahad9.30am-6pm
*Tutup pada hari Selasa kecuali ketika cuti umum & cuti sekolah

Harga Tiket

Harga tiket yang ditawarkan adalah harga untuk tiket pass masuk sehari.

KategoriWarganegaraBukan Warganegara
Dewasa(12 tahun ke atas)RM39RM58
Kanak-kanak (11 tahun ke bawah)RM32RM48
Warga Emas(60 tahun ke atas)RM32RM48

Bagi kanak-kanak di bawah ketinggian 90cm, masuk adalah PERCUMA.

Nak mudah, beli tiket kat sini. Sangat cepat dan tak perlu beratur.

Pelbagai lagi pakej untuk tiket masuk korang boleh rujuk di web Farm In The City sendiri.

Rancanglah untuk bawa anak korang berkunjung ke sini. Pasti seronok si kecil!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

go to these guys https://chicasenred.me
www.sextophd.net