Let’s travel together.
you can look here xxxbest.net playful student. chica mexicana se deja seducir. https://moonlightsex.pro arab old man fuck anything to help the poor. cuckold love jerking off.www.letmefap.net some product testing company ought to hire katy ca.

Putrajaya Challenge Park – Tumpuan Pencinta Aktiviti Lasak

0 240

Putrajaya semakin terkenal dengan pelbagai tempat menarik yang menjadi tumpuan ramai. Antaranya yang semakin mendapat tempat di kalangan pencinta sukan mencabar ialah Putrajaya Challenge Park.

Tempat sukan dan riadah in amat esesuai untuk dikujungi oleh pelbagai lapisan umurdan masyarakat. Aktiviti-aktiviti yang ditawarkan lebih tertumpu kepada sukan-sukan ekstrim dan lasak. Sesuai sangat bagi korang, golongan muda belia yang sukakan cabaran dan tahan lasak.

Bagi yang bekeluarga pula, inilah tempat terbaik untuk korang kenalkan anak-anak dengan kepelbagaian aktiviti lasak yang ada di negara kita.

Kandungan

Menarik Tentang Putrajaya Challenge Park

Jika berhasrat untuk datang ke sini, korang kena datang ke Presint 5 Putrajaya. Dengan keluasan 30.3 hektar ini terletak bersempadan dengan Taman Cabaran Selatan di Presint 20.

Taman ini diuruskan oleh Perbadanan Putrajaya. Dibuka sejak tahun 2009 dan terbahagi kepada tiga bahagian. Pelbagai aktiviti lasak dan mencabar ditawarkan untuk pelbagai lapisan masyarakat mencubanya.

Tarikan & Aktiviti Putrajaya Challenge Park

Untuk pengetahuan korang, terdapat tiga bahagian di taman ini yang boleh korang terokai. Kesemuanya menawarkan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik berunsurkan sukan dan kesihatan. Ketiga-tiga taman tersebut ialah :

  • Kompleks Rock Climbing
  • Skate Park & Thrill Park
  • Trail Mountain Bike

Jom kita lihat apa yang ada di setiap bahagian!

Kompleks Rock Climbing

Berkeluasan 2,100 kaki persegi, kompleks ini seperti namanya merupakan sebuah kompleks untuk aktiviti rock climbing secara indoor.

Kalau korang masuk sahaja kompleks ini, korang akan melihat dinding-dinding memanjat berbentuk trapezoid memenuhi segenap ruang kompleks dengan ketinggian yang pelbagai.

Terdapat dinding memanjat dengan ketinggian 20 meter atau setinggi bangunan 5 tingkat. Tinggi, sungguh!

Menariknya, terdapat 6 zon di sini yang dapat korang boleh cuba mengikut tahap kemampuan dan kepakaran masing-masing. So, korang tak perlu risau tentang ketinggian dan tahap yang ada. 6 zon tersebut ialah:

  • Zone A – Expert Bouldering Wall
  • Zone B – Beginner Bouldering Wall
  • Zone C – Expert Lead Wall
  • Zone D – Top Roping Wall
  • Zone E – Speed Climbing Wall
  • Zone F – Intermediate Lead Wall

Jangan terkejut ye… putrajaya pun ada pantai tau.. tengok kat sini

Untuk info korang, bagi kanak-kanak di bawah umur 10 tahun mereka tidak dibenarkan masuk ke zon-zon ini. Ini kerana ketinggian yang ada masih belum sesuai dengan umur mereka.

Untuk kanak-kanak di bawah umur 10 tahun, terdapat satu bilik khas untuk si kecil mencuba aktiviti ini. Ianya lebih selamat untuk mereka.

Bagi menjamin keselamatan kanak-kanak ini, dinding memanjat untuk kanak-kanak ini dilengkapi dengan lantai yang dilitupi span tebal.

Harga untuk melakukan aktiviti wall climbing di sini sangat berpatutan. Bayaran untuk masuk dan sewaan kelengkapan adalah seperti berikut:

Bayaran masuk DewasaRM6
Bayaran masuk Kanak-kanakRM3
Sewa Tali MemanjatRM15
HarnessRM5
Sewa Kasut MemanjatRM7
Beg KapurRM3
Alarm BelayRM4

Jika korang datang berkumpulan, korang boleh berjimat dengan berkongsi alatan. So, tak perlu lah sewa banyak-banyak. Cadangan yang bijak, kan?

Isnin, Selasa, Khamis & Ahad10am-8pm
Rabu, Jumaat & Sabtu10am-10pm
Tutup pada hari Jumaat 12.30pm-3pm
Waktu Operasi Kompleks Rock Climbing

*Challenge Park tutup pada setiap Isnin Pertama dan Ketiga setiap bulan

Bagi korang yang serius nak menguasai aktiviti sukan memanjat dinding ini, terdapat latihan untuk mempelajari teknik memanjat yang betul ditawarkan di sini. Latihan dan kelas ini dibawakan oleh Cross Move Technical Climbing Coaching Service dan terbahagi kepada:

  • Beginner
  • Intermediate
  • Expert

Untuk tahu lebih lanjut tentang pakej latihan bersama mereka, korang boleh dapatkan maklumat lanjut dari kaunter di kompleks ini.

Skate Park & Thrill Park

Skate Park & Thrill Park pula menempatkan pilihan sukan-sukan extreme seperti papan luncur, BMX, kasut beroda dan stunt rider. Tempat yang paling menarik sekali bagi peminat sukan ini ialah skate park yang dibina menggunakan konkrit dan beralun dan berbukit.

Bagi menjamin pengalaman meluncur yang baik, permukaan skate park ini dibina dengan licin dan sekata.

Seterusnya apa yang menarik lagi di sini ialah trek yang dilakar di kawasan berumput. Trek ini dibuat khas untuk BMX dan stunt rider dan mempunyai aktiviti-aktiviti seperti:

  • Pump Track
  • Dirt Jump
  • North shore
  • Slopestyle Jump

Kalau korang nak menggunakan basikal untuk aktiviti di sini, terdapat perkhidmatan menyewa basikal yang disediakan di sini dan korang boleh masuk ke kawasan ini secara percuma.

Isnin-Khamis 10am-7pm
Jumaat-Ahad10am-11pm
Waktu Operasi Skate Park & Thrill Park

Trail Mountain Bike

Melengkapkan lagi taman ini, trail untuk laluan mountain bike dibina. Peminat sukan aktiviti berbasikal mencabar pasti sukakan tempat ini.

Untuk aktiviti ini, hanya basikal khas untuk ditunggang di kawasan berbukit dan hutan sahaja dibenarkan.

Pernah dinobatkan sebagai laluan trail terbaik di Asia untuk sukan mountain bike, laluan di taman ini merentas hutan yang asalnya kebun kelapa sawit dan getah. Dengan panjang 9.1 kilometer, memang cukup puas hati bagi penggemar sukan lasak ini untuk beraksi.

Untuk yang mahu mencuba bidang sukan mountain bike ini, korang boleh cuba mengikut tahap yang sesuai dengan kemahiran yang korang ada.

Terdapat tiga bahagian iaitu mudah, sederhana dan mencabar, termasuk:

  • XC Loop
  • Core Trail Loop
  • Free Cross
  • Slopestyle line
  • Downhill
  • Downhill Fun Ride

Kesimpulan

Kebanyakan sukan lasak di Putrajaya Challenge Park ini memang perlukan kemahiran dan keberanian. Tenaga dan stamina juga perlu kuat supaya korang dapat lakukan aktiviti di sini dengan selesa.

Jadi persiapkan diri korang dengan persiapan terbaik jika bercadang untuk beraktiviti di sini.

Buat korang yang mahukan aktiviti lebih santai di sini, korang boleh lakukan aktiviti-aktiviti lain seperti jogging, power-walking dan berjalan-jalan sambil menikmati udara segar. Ini pun antara aktiviti sihat yang sangat baik untuk kita semua amalkan sebenarnya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

go to these guys https://chicasenred.me
www.sextophd.net