Let’s travel together.

Tempat Menarik Di Pulau Tioman – Wajib Terokai.

0 676

Pulau Tioman memang terkenal dengan keindahan dan kecantikan dasar lautnya. Memang ramai yang mahu bercuti di sana untuk lihat sendiri keindahan hidupan marin yang ada.

Bila bercuti, semestinya semua sibuk mencari tempat menarik di Pulau Tioman untuk dilawati. Takkan nak bercuti kosong begitu sahaja kan.

Di sini kami mahu kongsikan destinasi pilihan yang boleh anda kunjungi. Semoga ia dapat memberi kepuasan kepada anda sepanjang percutian nanti.

Kandungan

4. Batu Malang

Batu Malang Pulau Tioman

Batu Malang antara lokasi yang menjadi tumpuan para pelancong melihat terumbu karang di pulau ini. Lagi-lagi pada musim cuti hujung minggu dan juga cuti panjang.

Anda mesti singgah ke sini untuk rasai sendiri keseronokan menyelam ke dasar lautan. Anda mesti lihat sendiri keindahan terumbu karang dan hidupan laut yang terdapat di sini.

Serius memang cantik sangat. Sebelum ke sini, pastikan handphone ada ruangan memori untuk ambil gambar panorama di dasar laut dan simpan jadikan kenangan.

Sumber gambar : tioman-scuba.com

3. Gunung Nenek Semukut

Gunung Nenek Semukut Tempat Menarik Di Pulau Tioman

Tengok air membiru dari jeti, terasa macam berada di Maldives. Tapi rupanya masih di Malaysia.

Kalau anda dah pernah ke Sepang Gold Coast, ini adalah destinasi seterusnya yang wajib and lawati.

Anda yang sukakan aktiviti adventure memanjat gunung dan lihat keindahan alam dari puncak tinggi, wajib singgah di sini.

Rasai sendiri pengalaman memanjat Gunung Nenek Sengkek dan terokai keindahan di pulau ini.

Sumber gambar : libur.com.my

2. Kampung Tekek

Kampung Tekek

Pemandangan laut yang membiru di kampung Tekek ini memang mendamaikan jiwa. Rasa macam di Rawa Island pun ada juga.

Di sini adalah pusat urusan komuniti di sekitar Pulau Tioman.

Jadi, anda memang wajib ke Kampung Tekek apabila sudah tiba di pulau ini. Ia memang jadi pusat tumpuan para pelancong juga. Orang kata, the centre of Tioman Island.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Antaranya ialah menyelam skuba. Pilih sahaja pakej scuba diving di Tioman yang ditawarkan oleh peniaga di sana.

Pastikan ada langkah keselamatan apabila diving in Tioman.

Nak cuba naik kapal cruise pun boleh juga. Rasai pengalaman berada di lautan pada waktu senja. Pasti menyeronokkan.

Lihatlah keindahan batu karang di lautan biru ini. Memang mengujakan.

Anda yang sedang merancang nak ke sini, wajib untuk lakukan aktiviti menyelam di Pulau Tioman ini. Sila lah berkunjung ke Kampung Tekek untuk rasai kehidupan komuniti di sana.

Sumber gambar : tioman.org

1. Pusat Taman Marin

Pusat Taman Marin

Pusat Taman Marin adalah tempat yang menjadi rujukan para pelancong di pulau ini. Ramai orang nak tahu info tentang hidupan marin yang ada di kepulauan ini.

Jadi, anda pun wajib singgah di sini untuk tambah ilmu pengetahuan. Belajar sambil bercuti kaedahnya. Nanti boleh dikongsikan ilmunya dengan sahabat yang lain.

Di sini ada pelbagai info penting untuk anda yang gemar mengumpul maklumat. Ia adalah dari sumber yang dipercayai. Pastikan anda singgah di sini apabila berkunjung ke Pulau Tioman.

Sumber gambar : marinepark.dof.gov.my

Semoga percutian anda melawat tempat menarik di Pulau Tioman menjadi satu memori yang bermakna untuk simpanan peribadi.

Di sini ada banyak ruang alam semulajadi untuk kita recharged dan kembali bertenaga untuk bekerja. Next, kita ke Pulau Perhentian pula.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Panduan Percuma

Cara booking bilik/homestay dengan harga murah dan cepat

Link panduan akan dihantar terus ke emel korang ye...

Kupon Voucher Untuk Booking Hotel

Dengan Harga Murah